“Kenapa Anwar Boleh?” – Anak Najib Persoal Kenapa Ayahnya Dilarang Berkempen Dari Penjara

Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Nooryana Najwa mempersoalkan kenapa bapanya dihalang dari berkempen untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Dia yang tampil menerusi satu hantaran di Instagram turut membuat perbandingan di mana Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebelum ini dibenarkan berkempen untuk pilihan raya ketika berada di dalam penjara, manakala Najib pula tidak dibenarkan berbuat demikian.

Menerusi hantaran sama, Yana turut berkongsi dua keratan akhbar di mana satunya mengenai Anwar pada tahun 2015 yang menyampaikan ‘mesej’ agar orang ramai mengundi PKR dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah melalui peguamnya Latheefa Koya.

“Kenapa Anwar boleh tapi Najib tak boleh? Adakah sebab namanya Najib?” luah Yana.

Terdahulu media melaporkan Najib dilarang untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kempen PRU15.

Menurut Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Supri Hashim, arahan itu bukan sahaja terpakai kepada bekas Perdana Menteri itu, sebaliknya semua individu yang sedang menjalani hukuman penjara.

“Setakat ini tidak ada apa-apa kenyataan boleh dikeluarkan oleh banduan dalam penjara dan Najib juga tidak boleh (berbuat demikian).

“Malah surat atau dokumen dikeluarkan pun perlu ditapis terlebih dahulu (dan) nak hantar surat kepada keluarga semua perlu ditapis oleh pihak Jabatan Penjara,” katanya dipetik dari Awani.

Tambah beliau lagi, Jabatan Penjara juga tidak akan mencampuri soal politik sebaliknya hanya melaksanakan tanggungjawab mengikut pemerintahan kerajaan semasa.

“Saya tak boleh mengulas lanjut soal politik yang mana Jabatan Penjara tidak ada kena mengena dengan politik dan kita ikut apa sekalipun (arahan) kerajaan (semasa) yang memerintah,” tambah Supri.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

4 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

4 hours ago