fbpx
Now Reading
Kisah Pakcik Baru Balik Lawat Isteri Di Hospital Nak ‘Withdraw’ RM30 Tapi Tak Lepas Buat Ramai Sebak [Video]

Kisah Pakcik Baru Balik Lawat Isteri Di Hospital Nak ‘Withdraw’ RM30 Tapi Tak Lepas Buat Ramai Sebak [Video]

Seakan tersentak mendengar luahan pakcik terbabit, lelaki tersebut kemudiannya menawarkan diri untuk membantu warga emas itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (20 Oktober), tular di media sosial video yang memaparkan seorang lelaki membantu warga emas yang berada di dalam kesusahan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @zulfitribasir, kelihatan seorang lelaki tua yang berada dalam keadaan sedikit membongkok dan tangan yang berbalut sedang berjalan.

@zulfitribasir

Allah bukan uji pakcik sahaja tapi Allah juga uji saya ketika pakcik memerlukan. itulah ayat aku pada pakcik ni. Aku berhenti di Shell Jalan Ampang sebab nak solat maghrib. Memandangkan jalan jem, aku pun berhenti tunggu dalam surau sebab takut terlepas waktu jika sangkut dalam jem. Tetiba seorang pakcik dalam keadaan bongkok sambil tangan berbalut seperti kepatahan menyapa aku. Maghrib masuk pukul berapa? Aku jawab la, 7.01 minit pakcik. Lagi 6 minit masuklah. Bolehlah kita berjemaah sekali pakcik. Kemudian pakcik tu duduk bawa kerusi dekat dengan saf aku. Tetiba pakcik ini tanya, selain dari dekat sini, dekat mana ada ATM mesin. Dekat petronas tu ada tapi tak boleh keluar rm30. Aku pun bagitau dekat pakcik tu. Dekat depan sana sikit tu ada Maybank, tak pasti boleh keluar duit rm30 ke tak. Kemudian pakcik tu cakap, tadi saya call anak saya, dia kat Universiti. Dia bagi rm30 je untuk balik rumah. Tadi call dia sebab nak suruh masukkan sedikit lagi duit. Nak beli minyak hitam. Sebab motor bocor pula minyak hitam. Dia cakap takde duit sekarang, nak pinjam duit kawan. Jadi itu yang saya tgh tggu ini dari pukul 5. Kalau kawan dia bagi pinjam bolehlah beli minyak hitam dengan isi minyak balik kajang. Lalu aku pun cakap, takpe pakcik, kita solat dulu, kejap lagi minyak hitam pakcik itu saya belikan. Jangan risau, pakcik dalam rumah Allah swt. Allah akan bantu pakcik. Selesai solat maghrib aku ajak pakcik ini pergi ke motor dia di petronas. Dalam masa jalan itu banyaklah interview pakcik ini. Dia adalah bekas anggota tentera TUDM. Tapi berkhidmat tak sampai 10 tahun. Berhenti awal kemudian buat macam-macam kerja. Anak 4 orang. 3 belajar di Universiti Petronas, USM dan UUM. Seorang lagi masih sekolah. Dia baru balik dari lawat bini dia. Cancer level 3. Di Hospital Tentera Wangsa Maju katanya. Dia kata syukur sebagai bekas tentera dia dapat kemudahan tersebut. Dalam masa yang sama dia baru lepas accident. Motor tu dia tinggalkan dekat petronas tu. Tangan dia patah, hari ni hari dia buka simen. Jadi tangan dia masih tak berapa kuat. Dia kata hari tu dia kerja dekat station minyak. Sebab PKP dia kena berhenti sebab kontrak. Lepas tu sampai sekarang dia dah tak kerja. Aku pergi dekat motor dia. Tengok motor modenas dan ada minyak hitam tumpah sikit-sikit. Dia cakap nak bawa balik kajang je. Lepas tu nanti ada duit dia nak repair perlahan-lahan. Takut kalau kering minyak hitam lagi teruk motor tu. Ada mekanik tadi bagitau, katanya. Aku ajak dia masuk dalam kedai mesra dan suruh ambil minyak hitam. Tanya dia, pakcik dah makan ke belum. Dia kata dia belum makan. Dari pagi. Aku cakap ambil la apa nak makan. Dia ambil sandwich dan air susu banana. Kemudian aku tanya dia nak apa-apa lagi tak. Dia cakap cukup dah ni. ini pun dah bersyukur. Selepas itu kami berjalan ke motor dia. Aku tolonglah bukakan minyak hitam sebab tangan dia tak kuat. Kemudian dia isi dan aku temankan dia makan. Aku cakap dengan dia, pakcik harus bersyukur, dalam keadaan pakcik begini, anak-anak pakcik hampir semua dapat masuk Universiti. Mereka adalah pelaburan besar pakcik. Doa yang baik-baik. pastikan anak-anak pakcik diterapkan dengan agama. Kemudian dia menangis. Sudahhhh. Aku ingatkan aku salah cakap. Dia cakap saya cuba minta tolong keluarga. Tapi tak semua faham. Alhamdulillah itu sahaja pegangan saya (agama). Bagi anak-anak agama yang cukup. Harap satu hari mereka dapat ubah keluarga. Entah saya dan isteri ada atau tidak masa tu. Aku dengar pun rasa nak nangis sekali. Ya lah. Isteri Cancer stage 3, dia pula aku tengok jalan bongkok dengan tangan patah. Hanya semangat untuk anak-anak sahaja yang membuatkan dia kuat. Selepas tu aku minta diri. Aku pun hulurkan sedikit sumbangan. Pakcik bawa motor elok-elok. Dia mula2 tolak duit aku. Aku cakap, pakcik doakan yang baik-baik untuk saya. Saya tak tahu dosa saya apa. Tapi Allah swt hantar pakcik hari ini sebab nak bersihkan dosa saya. Doakan saya dan keluarga. Dalam kita rasa hidup kita susah, sebenarnya ada ramai lagi yang susah di luar sana. Selagi kita boleh makan dan ada tempat berteduh, bersyukur la dengan nikmat itu. Kita tidak tahu bagaimana orang lain berharap tempat yang kita ada sekarang. Semoga Allah swt permudahkan urusan kita semua. Ameennn. MasyaAllah Tabarakallah.. #syukur

♬ Ya Allaho Ya Rahman – Muhammad Qari Ejaz Ul Haq

Difahamkan, pertemuan di antara lelaki terbabit dan pakcik tersebut ketika berada di dalam surau di sebuah stesen Minyak di Ampang.

Warga emas ingin keluarkan wang RM30 dari ATM

Sementara menunggu waktu Maghrib, pakcik terbabit bertanya mengenai mesin ATM yang ada di sekitar kawasan ini agar dia boleh mengeluarkan wang berjumlah RM30 yang diberikan oleh anaknya untuk membeli minyak hitam dan mengisi minyak motosikal.

“seorang pakcik dalam keadaan bongkok sambil tangan berbalut seperti kepatahan menyapa aku. Maghrib masuk pukul berapa?

“Seorang pakcik dalam keadaan bongkok sambil tangan berbalut seperti kepatahan menyapa aku. ‘Maghrib masuk pukul berapa?’.

“Kemudian pakcik tu duduk bawa kerusi dekat dengan saf aku. Tetiba pakcik ini tanya, selain dari dekat sini, dekat mana ada ATM mesin. Dekat Petronas tu ada tapi tak boleh keluar rm30,” tulisnya di kapsyen.

Pakcik tunggu anaknya ‘bank in’ sedikit duit, lelaki tawar untuk membantu

Lebih menyedihkan, warga emas terbabit telah menunggu anaknya yang sedang berada di universiti sejak pukul 5.00 petang lagi untuk memasukkan sedikit duit ke dalam akaun banknya.

Seakan terkedu mendengar luahan itu, lelaki terbabit kemudiannya menawarkan dirinya untuk membantu pakcik tersebut.

“Nak beli minyak hitam. Sebab motor bocor pula minyak hitam. Dia cakap takde duit sekarang, nak pinjam duit kawan. Jadi itu yang saya tengah tunggu ini dari pukul 5.

“Lalu aku pun cakap, Tak apa pakcik, kita solat dulu, kejap lagi minyak hitam pakcik itu saya belikan. Jangan risau, pakcik dalam rumah Allah SWT. Allah akan bantu pakcik,” tulisnya.

Lawat isteri di hospital yang menghidap kanser tahap 3

Tambanya, warga emas yang juga bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu baru sahaja pulang daripada melawat isterinya yang menghidap kanser tahap tiga di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju.

Pakcik terbabit juga difahamkan baru sahaja terlibat dalam kemalangan hingga menyebabkan tangannya patah dan kini sedang beransur sembuh namun masih tidak berapa kuat.

“Tangan dia patah, hari ni hari dia buka simen. Jadi tangan dia masih tak berapa kuat. Dia kata hari tu dia kerja dekat stesen minyak. Sebab PKP dia kena berhenti sebab kontrak. Lepas tu sampai sekarang dia dah tak kerja,” tulisnya lagi.

Beri lagi sedikit wang dan mohon didoakan yang terbaik

Diakhir perkongsian, lelaki terbabit menghulur sedikit wang sebagai sumbangan ikhlas dan meminta agar pakcik tersebut mendoakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga.

“Aku pun hulurkan sedikit sumbangan. Pakcik bawa motor elok-elok. Dia mula-mula tolak duit aku. Aku cakap, pakcik doakan yang baik-baik untuk saya. Saya tak tahu dosa saya apa. Tapi Allah SWT hantar pakcik hari ini sebab nak bersihkan dosa saya. Doakan saya dan keluarga,” tulis lelaki itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa sebak melihat video warga emas terbabit sambil membaca perkongsian lelaki tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.