fbpx

PRU15: Ramai Luah Rasa Kecewa, Tiket Penerbangan Naik Mendadak Selepas SPR Umum Tarikh Mengundi

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) bagaimanapun akan mengawal selia harga tiket bagi mengelakkan syarikat penerbangan dari meningkatkan harga sewenang-wenangnya menjelang PRU15.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.buzzkini.com/news/2022/10/20/pru15-kalau-hujan-pakailah-payung-ahmad-maslan-mahu-rakyat-keluar-mengundi-video/

Umum mengetahui, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada semalam (20 Oktober) telah menetapkan 19 November sebagai Hari Pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15).

Menerusi kenyataan sama, SPR turut memaklumkan tarikh penamaan calon adalah pada 5 November (Sabtu) dan tarikh mengundi awal adalah pada 15 November (Selasa).

Baca artikel berkaitan: PRU15: SPR Tetapkan 19 November Tarikh Mengundi

Oleh itu, pasti kebanyakan rakyat Malaysia sudah mula merancang perjalanan untuk pulang ke kawasan mengundi masing-masing bagi melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Rakyat kecewa harga tiket naik mendadak lepas pengumuman tarikh mengundi

Namun, sejak semalam tular di Twitter apabila kebanyakan pengguna media sosial meluahkan kekecewaan mereka setelah melihat harga tiket penerbangan yang meningkat secara mendadak selepas tarikh mengundi PRU15 diumumkan.

Harga tiket ke Sabah dan Sarawak cecah RM500 bagi penerbangan sehala

Siapa sangka, harga tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak yang kebiasaanya sekitar RM150 hingga ke RM250 boleh meningkat menjadi RM450 hingga ke RM500 bagi menerbangan sehala.

“Sebab tu cakap mengundi tiada masalah, yang jadi masalah tiket flight (penerbangan) harga macam ini. One way (sehala),” tulis Mohammad Rajja di Twitter.

Difahamkan, kenaikan harga tiket ini adalah lebih tinggi daripada hari-hari penting seperti musim perayaan dan sebagainya.

Menurut seorang lagi pengguna Twitter, Amin Mubarak, harga tiket ke Sarawak pula meningkat beberapa kali ganda dari RM195 kepada RM738 bagi penerbangan dua hala.

“Sembang dalam group family ada berkongsi harga tiket dari Sarawak sebelum pengumuman PRU15 dan selepas diumumkan,” tulisnya.

Tak masuk akal, harga tiket sampai cecah RM1,000 untuk penerbangan dua hala

Tidak hanya itu, seorang lagi pengguna Twitter yang menyemak tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah juga seakan tergamam apabila harga tiket bagi penerbangan sehala mencecah RM516.

“RM1k return (pergi dan balik). No Thanks, Nak guna Super+ pun tak boleh,” tulisnya di Twitter.

Harga tiket yang tinggi, sukarkan orang Sabah dan Sarawak pulang mengundi

Kenaikan yang terlalu drastik ini sudah pasti mampu membuat segelintir rakyat terutama daripada Sabah dan Sarawak sukar pulang mengundi kerana bajet yang kurang mencukupi.

Bagaimanapun, berdasarkan pencarian BuzzKini di beberapa laman web pembelian tiket penerbangan secara atas talian mendapati harga tiket bagi penerbangan sehala pada 18 November daripada Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu pada sekitar harga RM350.

MAVCOM akan kawal harga tiket

Dalam pada itu, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dilaporkan akan mengawal selia harga bagi mengelakkan peningkatan harga tiket mendadak menjelang RU15.

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong, meskipun harga tiket penerbangan biasanya akan meningkat mengikut Mekanisme Harga Dinamik (tempah awal harga murah, tempah lambat harga tinggi) Mavcom akan mengambil tindakan sekiranya syarikat penerbangan didapati menaikkan harga tidak mengikut syarat ditetapkan.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.