fbpx
Now Reading
Kena Buang Dari Grup WhatsApp, Abang Viva Perjelas Dakwaan Kahwin Tak Beritahu Keluarga [Video]

Kena Buang Dari Grup WhatsApp, Abang Viva Perjelas Dakwaan Kahwin Tak Beritahu Keluarga [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (22 Oktober) media sosial hangat memperkatakan mengenai perkahwinan sukarelawan banjir, Azwan Omar bersama wanita pilihannya, Evanoza Zakaria.

Menurut laporan media, Azwan atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva ‘dan isteri selamat dinikahkan pada 14 Oktober yang lalu di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Ayer Keroh.

Namun di sebalik berita gembira tersebut, tular satu hantaran dari ahli keluarga terdekat yang mengatakan perkahwinan itu dilakukan secara senyap tanpa diketahui ahli keluarga termasuklah kedua-dua ibu bapanya.

Sedar dengan isu yang timbul, Abang Viva kemudiannya memaklumkan akan tampil secara live bagi memberikan penjelasan kepada orang ramai.

Akhirnya malam tadi, dia tampil secara langsung di Facebook menafikan dakwaan yang dia berkahwin secara senyap-senyap.

Ibu kurang bersetuju dengan calon

Sebaliknya abang Viva memaklumkan dia sudah pun memberitahu ayahnya sebanyak tiga kali manakala ibu sebanyak lima kali. Namun tidak banyak yang dapat dilakukan kerana ibunya kurang bersetuju dengan pilihan hatinya.

“Saya bernikah memang dengan pengetahuan ibu bapa, Bukan saya tak bagi tahu. Saya dah beritahu bapa tiga kali, ibu pula sebanyak lima kali. Cuma mereka tidak bersetuju sangat dengan calon yang saya pilih.

“Mungkin silap saya (sebab) saya teruskan juga dengan pilihan saya,” kata Azwan.

Dia dalam masa sama turut menunjukkan bukti perbualan WhatsApp bersama ibunya sebelum dan selepas bernikah selain sudah menghantar foto dan video hari bahagianya kepada wanita tercinta itu.

Sudah dibuang dari grup WhatsApp

Menurut Azwan lagi, dia tidak dapat berbincang bersama keluarga kerana sudah dibuang dari grup WhatsApp ketika misi banjir di Kedah pada sekitar Mei lalu.

“Ada yang bertanya, kenapa tak berbincang dalam grup WhatsApp. Kalau ada yang ingat, saya ada turun ke Baling, Kedah untuk misi banjir sekitar bulan Mei atau Jun.

“Waktu itu, saya telah dikeluarkan dari grup keluarga oleh kakak saya sendiri. Saya ditendang keluar. Saya tidak ada di dalamnya. Itulah sebabnya saya tak tahu apa jadi antara dalam grup.”

Tambah Azwan lagi, ibu bapanya tidak dapat hadir ke PAID sewaktu pernikahannya kerana faktor kesihatan mereka yang kurang baik.

“Mak ayah tak datang majlis nikah pula.. sebab saya tahu kesihatan mereka ketika itu tak menentu. Tapi disebabkan tarikh nikah (14 Oktober) tak boleh ditunda lagi, kami teruskan juga,” ujarnya.

Menerusi live yang sama dia turut menjelaskan punca dia mempercepatkan perkahwinan tersebut antaranya kerana faktor banjir selain bagi mengelakkan timbul fitnah.

“Cadangan awal nikah dan majlis adalah Disember, tapi atas sebab tertentu seperti banjir. Saya ada ke Baling, Kedah dan isteri (ketika itu belum berkahwin) sampai lambat di sana. Jadi, saya tidak mahu menimbulkan fitnah dan salah faham orang, jadi kami nikah awal.” 

Minta beri ruang, mahu selesaikan bersama keluarga

Menganggap apa yang terjadi adalah ujian selepas berkahwin, Azwan turut meminta orang ramai untuk memberikannya ruang agar dapat menyelesaikan isu berkenaan bersama keluarga.

“Saya akui mak dan ayah nombor satu. Insya-Allah saya mohon semua pihak mendoakan yang baik-baik, bagi kami peluang untuk selesaikan salah faham ini secara tenang dan tertutup. Saya memang akan balik ke rumah ibu bapa. Itu dah pasti, InsyaAllah.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.