fbpx
Now Reading
Anak Maklum Najib Razak Rindu Nak Buat Kerja Kebajikan, Risau Rakyat Hadapi Kegawatan Ekonomi
Najib rindu nak buat kerja kebajikan rakyat

Anak Maklum Najib Razak Rindu Nak Buat Kerja Kebajikan, Risau Rakyat Hadapi Kegawatan Ekonomi

Yana dalam masa sama turut memaklumkan Datuk Seri Najib Razak kelihatan tenang dan berterima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan kebaikan bekas pemimpin itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (24 Oktober) genap dua bulan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berada di Penjara Kajang, Selangor, untuk menjalani hukuman penjara selama 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan Putrajaya menolak permohonan rayuan terakhirnya.

Beliau kemudian diarahkan untuk menjalani hukuman tersebut secara serta merta bermula pada 23 Ogos yang lalu.

Baca artikel berkaitan: “Setakat Ini Sahaja Daddy Bersama Kamu Semua”- DS Najib Razak Tinggalkan Pesanan Sebelum Dipenjara

Najib maklum rindu nak lakukan kerja kebajikan rakyat

Baru-baru ini, anak perempuannya, Nooryana Najwa memaklumkan kepada orang ramai bahawa bapanya rindu melakukan kerja-kerja kebajikan rakyat.

Perkara itu disampaikan Nooryana atau Yana menerusi satu hantaran di dalam Instagram Story. Kata Yana, mantan perdana menteri berkenaan menzahirkan rasa bimbang terhadap nasib rakyat dalam berdepan dengan kegawatan ekonomi yang dijangka berlaku pada tahun hadapan.

Ucap Selamat menyambut perayaan Deepavali, maklum Najib kini sudah biasa dengan rutin harian

Bekas pemimpin itu dalam masa sama turut tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat menyambut perayaan Deepavali kepada rakan-rakan kaum India yang meraikannya.

“Untuk maklumkan daddy (Najib Razak) telah membiasakan diri dengan rutin dan mendapatkan ketenteraman rohani melalui mengkaji, beribadah, membaca dan melihat gambar cucu. Saya bertanya daddy, apakah yang paling kurang selesa buat masa sekarang?

“Daddy menjawab bukan fizikal, malah mental. Beliau rindu membuat kerja-kerja kebajikan rakyat, adakah kita semua ok dalam kehidupan harian? Kita bakal mengalami kegawatan ekonomi tahun depan, adakah rakyat telah bersedia?,” jelasnya.

Foto: IG Story Yana Najib

Jelas anaknya itu lagi, selain bimbang dengan nasib rakyat, beliau juga menyoal adakah Barisan Nasional telah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Najib kelihatan tenang dan semangat masih kuat

Dia dalam pada itu, turut memaklumkan wajah bapanya itu kelihatan tenang dan semangatnya masih kuat dalam berhadapan dengan apa yang sudah berlaku.

“Wajah daddy, Alhamdulillah sentiasa tenang. Semangat masih kuat.

“Terima kasih sekali lagi kepada semua yang tidak berhenti mendoakan untuk kebaikan daddy. Ia sangat bermakna kepada kami.

“Semoga kebenaran dan keadilan akan memihak kepada mereka yang difitnah. Jaga diri baik-baik. Sehingga berjumpa lagi,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.