fbpx
Now Reading
Jam Pintar ‘Apple Watch’ Berjaya Bantu Kesan Kanser Pada Kanak-Kanak 12 Tahun Melalui Denyutan Nadi
Apple Watch selamatkan kanak-kanak 12 tahun

Jam Pintar ‘Apple Watch’ Berjaya Bantu Kesan Kanser Pada Kanak-Kanak 12 Tahun Melalui Denyutan Nadi

Ibu kanak-kanak itu kemudian membuat keputusan untuk membawa anaknya melakukan pemeriksaan lanjut selepas mendapat amaran bacaan denyutan nadi yang tinggi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penggunaan jam pintar seperti ‘Apple Watch’ tidak hanya dipandang sebagai salah satu aksesori yang dipakai di tangan sahaja.

Malah, kegunaan semakin canggih yang ditawarkan oleh jam pintar ini turut membantu pengguna menyemak tahap kesihatan mereka.

Kesan kanak-kanak 12 tahun ada kanser melalui kadar denyutan nadi

Bukan itu sahaja, Apple Watch juga sering dikreditkan dalam membantu pengguna menyelamatkan nyawa seperti yang terjadi kepada seorang kanak-kanak yang berusia 12 tahun yang didapati menghidap kanser selepas jam itu memberikan amaran kadar nadinya yang tinggi.

Menurut laporan 9to5mac yang dipetik dari Hour Detroit, kanak-kanak yang dikenali sebagai Imani Miles dan ibunya, Jessica Kitchen kini tidak lagi melihat jam pintar itu hanya sebagai satu aksesori tetapi lebih dari itu.

Ini kerana, menurut Kitchen, Apple Watch yang dipakai Imani secara tiba-tiba memaklumkan tentang kadar denyutan nadi anaknya yang tinggi.

“Itu benar-benar pelik kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Kali ini, ia berterusan memberi peringatan,” kata wanita itu.

Lepas terima amaran denyutan nadi tinggi, ibu bawa anak buat pemeriksaan di hospital

Ekoran sering menerima amaran dari jam pintar tersebut, Kitchen kemudian mengambil keputusan untuk membawa anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Dia memaklumkan anaknya itu terpaksa menjalani pembedahan untuk merawat apendiks namun ia tidak hanya terhenti di situ.

Doktor kemudian memberitahu Imani turut mempunyai tumor dalam apendiksnya, di mana ia jarang dikesan pada kanak-kanak.

Doktor dapati kanser dah merebak ke kawasan lain

Malah, menerusi pemeriksaan lanjut doktor turut mendapati ia telah merebak ke bahagian lain dalam badan kanak-kanak tersebut.

Imani kemudian terpaksa menjalani pembedahan semula bagi membuang kanser berkenaan dan bernasib baik apabila semuanya berjalan dengan baik.

Kitchen turut memaklumkan bahawa dia mungkin akan menunggu lebih lama untuk membawa anaknya ke Hospital jika bukan kerana amaran yang diberikan oleh Apple Watch tersebut.

Penantian yang lebih lama turut akan mengancam nyawa kanak-kanak berkenaan.

“Jika dia tidak mempunyai jam tangan itu, ia mungkin menjadi lebih teruk,” jelas Kitchen.

Jaão Bocas, yang bekerja sebagai Digital Health Influencer, turut memaklumkan bagaimana peranti itu memainkan “peranan penting dalam menyokong orang ramai membina tingkah laku kesihatan yang lebih baik.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.