fbpx
Now Reading
Lelaki Tanam Cip Kad Bank Di Dalam Tangan, Hanya Perlu Tap Untuk Buat Bayaran
Lelaki tanam cip kad bank dalam tangan

Lelaki Tanam Cip Kad Bank Di Dalam Tangan, Hanya Perlu Tap Untuk Buat Bayaran

Menurut lelaki tersebut, dia bagaimapaun perlu menjalani pembedahan kedua untuk memasukkan cip lain kerana ia mempunyai tarikh tamat tempoh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki menjadi manusia pertama di Britain melakukan pembedahan untuk menanam mikrocip dari kad bank miliknya di bawah kulit agar boleh membuat pembayaran dengan hanya menggunakan tangan sahaja.

Menurut laporan The Sun, lelaki yang dikenali sebagai Arnie Szoke, 40, itu telah membelanjakan sebanyak £350 (RM 1,635.96) untuk melakukan pembedahan tersebut di Jerman.

Ramai terkejut lihat cara lelaki ini buat pembayaran

Dia yang merupakan seorang pembantu kesihatan di NHS turut memaklumkan bahawa juruwang serta para pembeli yang lain agak terkejut apabila melihat caranya membuat pembayaran.

“Orang ramai bertanya bagaimana saya boleh membayar dengan tangan saya.

“Implan itu kelihatan hebat, tetapi isteri saya sama sekali tidak akan melakukannya,” kata lelaki itu.

Cip yang dimasukkan ke dalam badan lelaki tersebut guna teknologi kad tanpa sentuh

Mikrocip tersebut menggunakan teknologi kad tanpa sentuh dengan medan magnet memindahkan data kepada alat untuk membacanya.

Pakar bedah telah membelah sisi tangan lelaki itu untuk memasukkan cip yang bersaiz seperti pin keselamatan dengan ketebalan setengah milimeter lalu ia dijahit dalam masa lima minit sahaja.

““Untuk menggunakan cip ini perlukan sedikit pengetahuan.. Ia seperti kad biasa tetapi anda perlu lebih sasaran yang tepat semasa mengimbasnya (tap).

“Ini bermakna saya tidak perlu menyimpan dompet dengan saya sepanjang masa. Kali terakhir saya menggunakan wang tunai, £40 (RM186.81) telah hilang bersama dengan kad pas kerja saya,” kata Arnie Snoze lagi.

Cip yang dimasukkan mempunyai tarikh tamat tempoh seperti kad biasa

Mikrocip yang bernilai £220 (RM1,026.77) itu dibuat oleh Walletmor, iaitu syarikat startup (pemula) British-Poland.

Ia juga mempunyai tarikh tamat tempoh sama seperti kad bank biasa di mana Arnie perlu menggantinya dalam pembedahan kedua dengan kos sebanyak £130 (RM606.73) pada tahun 2029 nanti.

“Teknologi ini boleh digunakan untuk apa sahaja, walaupun pasport, tiket mahupun lesen memandu,” kata Arnie.

Di Sweden, seramai 4,000 orang mempunyai cip di dalam badan yang dipautkan ke akaun bank mereka.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.