Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Sejak sejam yang lalu perkhidmatan aplikasi perbualan, WhatsApp dilaporkan sedang menghadapi masalah teknikal selepas ramai pengguna memaklumkan tidak boleh mengirim mahupun menerima sebarang mesej.
Menerusi carian kami di DownDetector, aplikasi ini sudah mula berdepan masalah sekitar jam 3 petang.
Di dalam laporan sama, sudah lebih 4,546 laporan yang diterima dari para pengguna dari seluruh dunia setakat jam 3.35 petang tadi.
Akaun media sosial rasmi WhatsApp dan Meta bagaimanapun belum memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu yang timbul.