fbpx
Now Reading
‘Kejadian Tidak Berlaku Di Perairan Malaysia’ – Polis Singapura Nafi Dakwaan Nelayan Dihalau [Video]

‘Kejadian Tidak Berlaku Di Perairan Malaysia’ – Polis Singapura Nafi Dakwaan Nelayan Dihalau [Video]

Menurut pihak berkuasa Singapura, kejadian pertengakaran itu didakwa berlaku di perairan antarabngsa republik berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman yang memaparkan pertengkaran berlaku di antara nelayan Malaysia dan juga pihak berkuasa Singapura.

Nelayan berkenaan mendakwa kekecohan itu berlaku kerana pihak berkuasa Singapura menghalau mereka semasa memancing di perairan antarabangsa Malaysia.

Pihak berkuasa Singapura nafi dakwaan nelayan Malaysia

Namun, pihak berkuasa Singapura dalam satu kenyataan di laman Facebook menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan kejadian itu berlaku dalam sempadan perairan antarabangsa republik berkenaan.

Foto: Facebook/Singapore Police Force

“Polis Singapura ambil maklum dengan dakwaan nelayan Malaysia yang dihalau Polis Pengawal Pantai (PCG) Singapura kerana melakukan aktiviti memancing di perairan Malaysia, namun dakwaan itu tidak benar.”

Facebook Pasukan Polis Singapura

Nelayan Malaysia didakwa masuk sempadan Singapura di Lim Chu Kang

Menurutnya, PCG Singapura yang sedang melakukan rondaan dalam kawasan perairan negara sendiri telah mengesan sekumpulan bot nelayan Malaysia memasuki sempadan Singapura di Lim Chu Kang pada 23 Oktober lalu.

“Kapal yang tidak dibenarkan dilarang sama sekali memasuki kawasan berkenaan demi keselamatan mereka sendiri kerana ia merupakan kawasan ‘live firing area’.

“Pegawai PCG mendekati bot nelayan Malaysia dan menggunakan sistem pembesar suara untuk menasihati mereka supaya meninggalkan kawasan berkenaan yang berada di perairan Singapura,” tulisnya.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada pukul 5.28 petang ketika pegawai PCG mendekati bot nelayan Malaysia berkenaan.

Nelayan terbabit tidak berpuas hati apabila diminta meninggalkan kawasan itu

“Nelayan terbabit melahirkan rasa tidak puas hati apabila diminta meninggalkan kawasan itu. Pegawai kami menjelaskan bahawa kapal yang tidak dibenarkan dilarang memasuki kawasan itu dan meminta mereka beredar untuk keselamatan sendiri.

“Selepas kejadian pertikaman lidah, kapal nelayan Malaysia kembali ke perairan Malaysia pada pukul 5.37 petang. Kejadian ini juga berlaku sepenuhnya di perairan Singapura,” tulisnya lagi.

Tidak menafikan dakwaan nelayan Malaysia dihina dengan kata-kata kesat

Bagaimanapun, kenyataan yang dimuat naik itu tidak menafikan sebarang dakwaan yang dibuat nelayan tersebut yang mengatakan mereka turut dihina dengan kata-kata seperti ‘Melayu bodoh’ dan ‘otak udang’.

Terdahulu, tular di media sosial video yang menyaksikan nelayan tempatan di halau oleh pihak berkuasa Singapura ketika sedang memancing.

Susulan itu, rakyat Malaysia berasa marah dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas atas kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Rahmat Ariffin mengesahkan pihaknya ada menerima laporan yang dibuat oleh sekumpulan nelayan terbabit.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.