Touch ‘n Go eWallet Kerjasama Dengan Yayasan Hijau, Sertai Misi Tanam 100 Juta Pokok Menjelang 2025
Kempen ini menggalakkan rakyat Malaysia menderma dan menanam pokok maya melalui aplikasi eWallet untuk menyokong penanaman pokok sebenar serta mengurangkan pelepasan karbon.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kumpulan Touch ‘n Go (TNG) melalui Touch ‘n Go eWallet, bersama Yayasan Hijau Malaysia,, sebuah agensi di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, hari ini (26 Oktober) melancarkan kempen Misi GreenPossible: 100 Juta Pokok menjelang 2025 yang diadakan di Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur.
“Misson GreenPossible: 100 million trees by 2025” menyasarkan untuk menyumbang ke arah pemuliharaan alam sekitar melalui usahasama Yayasan Hijau Malaysia dalam menanam lebih banyak pokok di negara ini.
Orang ramai boleh menderma dengan cara imbas kod QR yang disediakan
Melalui kerjasama ini, pengguna boleh menderma dengan mudah dengan menggunakan aplikasi Touch n’ Go eWallet untuk mengimbas kod QR yang disediakan.
Apa yang menarik, setiap sumbangan akan menyumbang ke arah pertumbuhan pokok maya yang boleh dilihat di ‘microsite’ kempen melalui web atau aplikasi. Bagi setiap 100% pokok maya yang ditanam, sekumpulan pokok sebenar akan ditanam oleh Yayasan Hijau Malaysia.
Apa yang menariknya, setiap sumbangan akan disalurkan ke arah pertumbuhan pokok maya yang boleh dilihat di ‘microsite’ kempen melalui web atau aplikasi. Bagi setiap pokok maya yang telah membesar, sekumpulan pokok sebenar akan ditanam oleh Yayasan Hijau Malaysia.
Selepas menanam kumpulan pertama pokok sebenar, pokok maya kemudiannya akan dimulakan semula untuk membolehkan pengguna menanam lebih banyak pokok di dalam aplkasi eWallet dan laman web. Ia seterus memacu penanaman lebih banyak pokok sebenar.
Misi kempen untuk ajak rakyat Malaysia bersama dalam memulihara alam semula jadi
Selain itu, misi kempen ini adalah untuk mengajak rakyat Malaysia turut sama membantu dengan menderma serta berusaha untuk memulihara alam semula jadi.
Kempen penanaman 100 juta pokok merupakan pelan tindakan kebangsaan yang bertujuan untuk menanam 100 juta pokok menjelang tahun 2025.
Tema kempen: Pokok Kita, Kehidupan Kita
Dengan tema “Pokok Kita, Kehidupan Kita”, ia merupakan inisiatif 5 tahun di bawah bidang kuasa Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, bersama agensi utama di bawah Kementerian seperti Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hutan Sarawak, Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia, dan Yayasan Hijau Malaysia.
Majlis pelancaraan kempen ini disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Dato’ Indera Mohd Ridza Bin Awang, Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Alan Ni dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijau Malaysia, Encik Amin Abdullah.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, sila layari laman web https://www.touchngo.com.my/csr/mission-green-possible.