fbpx
Now Reading
“Wanita Biasa Mungkin Angkat Kaki” – Akui Pernah Buat Silap, PU Abu Bersyukur Isteri Masih Setia
PU Abu dan isteri berbaik

“Wanita Biasa Mungkin Angkat Kaki” – Akui Pernah Buat Silap, PU Abu Bersyukur Isteri Masih Setia

Jelasnya, meskipun melalui pelbagai dugaan namun isterinya itu masih berada disamping dan meredai setiap perkara yang dilakukan olehnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap yang membina perkahwinan sudah tentu mengharapkan kebahagian dalam rumah tangga yang dibina.

Namun sudah menjadi asam garam perkahwinan apabila ia diuji dengan pelbagai perkara untuk memperkuatkan lagi ikatan kekeluargaan tersebut.

Perkara ini samalah seperti apa yang berlaku kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan apabila suatu ketika dahulu kemelut rumah tangganya hangat diperkatakan di media sosial sehingga menarik perhatian ramai.

PU Abu dan isteri sudah berbaik, umum bakal sambut kelahiran bayi tahun depan

Namun, siapa sangka kemelut itu akhirnya berakhir dengan sesuatu yang membahagiakan apabila dia yang sudah kembali bersama isterinya, Ain ‘Afini Latif baru sahaja mengumumkan bakal menyambut cahaya mata yang ketiga pada tahun depan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Pencetus Ummah tersebut dia merasa sebak apabila terkenang dugaan yang dilalui dan menyifatkan isterinya itu seorang wanita yang hebat.

Doa agar Allah menjaga keluarga kecilnya

“Moga Allah jaga keluarga kecil kami ini, bila teringat likunya rasa sebak. Lebih-lebih lagi wanita hebat ada di samping saya ini. Sabarnya persis arwah ummi.

“Wanita biasa mungkin angkat kaki (meninggalkannya) dah, tapi dia masih ada disamping tak kira apa pun. Meredai segala keputusan si suami.

“Biar dibelakangi berkali-kali, tapi masih tetap menjaga maruah, tidak pernah memberi ruang kepada mana-mana lelaki,” tulisnya dalam hantaran tersebut,

PU Abu dalam masa sama turut mengakui benar apa yang dikatakan oleh hukama’ sekiranya seseorang itu mahu mencari isteri yang solehah maka dia perlu mencari ibu yang terbaik buat anak-anaknya.

“Insha-Allah tahun depan, Januari 2023 pendatang (bayi) baru menyelit,” katanya lagi.

Mohon maaf salah silap yang lalu

Dalam satu lagi hantaran yang di muat naik di Instagram Story, PU Abu turut memohon maaf atas kesilapannya yang lalu dan menyatakan isterinya itu merupakan individu yang paling dirindui dan disayanginya.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang mendoakan keluarga ini dan menyatakan isteri kepada PU Abu itu seorang yang sangat kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan perkahwinannya.

“Alhamdulillah setia itu mahal”

“MasyaAllah tabarakallah semoga berbahagia selalu menuju syurga Allah”

“Ya akak mengagumi sosok yang bernama Ain ini..”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.