fbpx
Now Reading
Wanita Di China Menyelinap Ke Dorm Lelaki Kerana Mahu Mencari Boyfriend
Wanita menyelinap masuk asrama lelaki sebab nak cari boyfriend

Wanita Di China Menyelinap Ke Dorm Lelaki Kerana Mahu Mencari Boyfriend

Wanita itu pada mulanya enggan berpindah ke asrama wanita namun berjaya dipujuk selepas penyelia bersetuju menjadi pengantara dengan cinta hatinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita di China telah melakukan satu tindakan yang drastik dengan menyelinap masuk ke asrama lelaki demi mencari teman lelaki di Shenzhen, China.

Menurut laporan Mothership yang dipetik dari platform media sosial China (NetEase), wanita tersebut dilaporkan telah menyamar sebagai seorang lelaki untuk menyelinap masuk ke dalam asrama berkenaan yang menempatkan pekerja dari sebuah kilang elektronik.

Penyamaran wanita diketahui oleh pekerja dan dilaporkan ke penyelia

Penyamarannya itu bagaimanapun berjaya dibongkar pekerja yang tinggal di asrama terbabit. Oleh itu, dua pekerja telah memaklumkan perkara tersebut kepada penyelia tentang wanita berkenaan.

Pekerja itu memaklumkan mereka tidak dapat berehat dengan baik kerana wanita yang tinggal di asrama berkenaan dan meminta wanita terbabit meninggalkan tempat tersebut.

Susulan itu, penyelia kemudian bertanya kepada wanita tersebut tentang jantinanya.

Tak dapat pastikan jantina sebelum wanita mengaku adalah perempuan

Jelas penyelia itu dia tidak dapat memastikan apakah jantina individu tersebut kerana dia “mempunyai ciri-ciri androgini, dan mempunyai rambut yang pendek”.

Wanita itu kemudian mengaku bahawa dia adalah seorang perempuan dan menyatakan dia telah menempatkan dirinya untuk tinggal di asrama tersebut bagi mencari teman lelaki.

Enggan duduk di asrama wanita kerana tak dapat berinteraksi dengan lelaki yang diminati

Menerusi posting itu, wanita berkenaan pada awalnya enggan meninggalkan asrama tersebut meskipun sudah dipelawa untuk berpindah ke asrama wanita.

Dia lalu menerangkan bahawa dirinya bimbang kerana mempunyai peluang yang sedikit untuk berinteraksi dengan pekerja lelaki selepas berpindah dan dia mengakui meminati seorang lelaki di asrama berkenaan.

Berjaya dipujuk lepas penyelia setuju jadi orang pengantara

Wanita itu kemudian berjaya dipujuk selepas penyelia itu memberikan bermacam-macam jaminan dan bersetuju untuk menjadi pengantara antara dia dengan cinta hatinya.

Menerusi artikel juga turut menyatakan bahawa wanita tersebut mungkin mempunyai masalah kecacatan intelek.

Segelintir netizen China menyangka video tersebut merupakan sesuatu yang dirancang, namun ada juga yang menyatakan kejadian itu benar-benar berlaku kerana ekspresinya adalah semula jadi.

Ini kerana, mereka berfikir ia adalah sesuatu yang mustahil bagi wanita berkenaan untuk menyelinap masuk ke dalam asrama, memandangkan pekerja kilang akan mengatur sendiri ruang peribadi mereka di asrama dan mereka mungkin tidak bercakap antara satu sama lain dalam beberapa hari.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.