fbpx
Now Reading
TNB & Gamuda Land Jalin Kerjasama, Bina Stesen Elektron Berkuasa Solar Pertama Di Malaysia

TNB & Gamuda Land Jalin Kerjasama, Bina Stesen Elektron Berkuasa Solar Pertama Di Malaysia

Dua Stesen Elektron itu akan dibina di Gamuda Cove dan Gamuda Garden, Selangor.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan cabang pembangunan hartanah Gamuda Bhd iaitu Gamuda Land, hari ini (27 Okt) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bagi membina dua Stesen Elektron yang berkuasa solar untuk pengecasan kenderaan elektrik di Selangor.

Dalam satu kenyataan bersama, TNB dan Gamuda Land memaklumkan projek Stesen Solar yang pertama di Malaysia itu akan dibina di Gamuda Cove bagi kawasan selatan Lembah Klang selatan dan Gamuda Garden bagi utara Lembah Klang.

Dua stesen tersebut yang dijangka mula berfungsi menjelang 2025 akan mempercepatkan lagi pembangunan ekosistem dan infrastruktur untuk Kenderaan Elektrik (EV) di Malaysia sekali gus menyokong visi kemampanan kedua-dua syarikat.

Stesen elektron itu difahamkan akan menggunakan kuasa panel solar atas bumbung sekaligus dapat membantu mengimbangi elektrik daripada grid dan menyokong persekitaran yang lebih hijau.

Menurut Ketua Pegawai Strategi dan Usaha Niaga TNB Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan, kerjasama ini akan memberi laluan kepada TNB dan Gamuda Land untuk bekerjasama dalam meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia.

Pada masa yang sama, stesen ini juga akan membolehkan kedua-dua syarikat meneruskan usaha demi untuk mencapai sasaran Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) sambil perniagaan terus berkembang.

“Menyokong percambahan kenderaan elektrik adalah sebahagian daripada tonggak peralihan tenaga TNB. Ia sememangnya langkah ke hadapan yang tepat dalam merealisasikan aspirasi untuk menyediakan pelan induk yang mampan, menampilkan reka bentuk responsif iklim, pengangkutan bersepadu dan pembinaan tenaga super rendah dengan ciri pintar. Semua inisiatif ini memerlukan pelaburan yang besar dan tiada entiti individu akan mampu memikul tanggungjawab ini seorang diri.”

Ketua Pegawai Strategi dan Usaha Niaga TNB Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi (CEO) Gamuda Land, Chu Wai Lune berkata, pengangkutan bandar menyumbang kira-kira 23% peratus daripada pelepasan karbon.

Jadi fokus utama dalam membangunkan perbandaran pintar dan mampan adalah dengan memastikan pembangunan mereka dilengkapi segala kemudahan yang akan menyokong mod pengangkutan.

“Stesen elektron itu akan melengkapkan usaha pengurangan karbon kami seperti laluan 3 lorong khas untuk basikal dan pejalan kaki selain mempunyai e-trem di kawasan bandar sebagai satu lagi kaedah pengangkutan alternatif untuk komuniti.

“Dengan itu, kami berbesar hati mempunyai organisasi seperti TNB yang berpandangan sama dalam menyediakan penyelesaian yang mampan kepada komuniti kita,” kata Chu Wai.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.