fbpx
Now Reading
Anak Perempuan Pengasas Dnars Dedah Bapa Tiri Tuntut Wang Berjuta Ringgit

Anak Perempuan Pengasas Dnars Dedah Bapa Tiri Tuntut Wang Berjuta Ringgit

Menurut anak pengasas Dnars itu, dia berharap agar bapa tirinya tidak menarik balik kes sebelum ini kerana gadis itu berhasrat untuk mendedahkan segala-galanya di mahkamah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (27 Oktober), anak perempuan kepada pengasas kosmetik kecantikan Dnars, Allahyarhamah Faziani Rohban iaitu Irdina Hakim Jasman mendedahkan bahawa bapa tirinya ada membuat tuntutan wang bernilai jutaan ringgit.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Irdina berkata dia berasa terkejut apabila menerima sepucuk surat daripada peguam mengenai tuntutan yang difailkan oleh bapa tirinya itu.

Foto: Instagram/irdnar_j

Terima surat mahkamah, bapa tiri tuntut wang berjuta ringgit

“Hari ini aku menerima satu surat mahkamah dari peguam bekas bapak tiri aku yang menuntut wang berjuta-juta daripada aku,” tulisnya di kaspyen.

Dia pada masa sama turut meluahkan perasaan di hatinya mengenai apa yang sudah terjadi sebelum ini selepas kematian ibunya.

“Tidak cukup ibu aku meninggal dunia ditangannya, kemudian pula abang aku dilaporkan kepada polis kononnya mengugut beliau dan abang aku terpaksa tidur dlm lokap selama dua malam,” tulisnya lagi.

Akui terima tekanan dari bapa tiri

Tambah Irdina, dia dan adik beradiknya yang lain telah menerima banyak tekanan daripada bapa tirinya itu sejak pemergian ibu mereka.

“Hari ini bapa tiri aku mahu menuntut wang berjuta-juta pula daripada aku. Tekanan demi tekanan daripada dia yang aku dan adik beradik terima,” tulis Irdina.

Sedia melawan, harap bapa tiri tidak tarik kembali kes

Sementara itu, Irdina berkata dia juga tidak akan mengalah serta berharap agar bapa tirinya tidak menarik kembali kes sebelum ini kerana gadis itu bersedia untuk melawan dan mendedahkan segala-galanya.

“Ya Allah, aku tidak akan berundur walau seinci. Mulut tempayan boleh ditutup. Mulut aku tidak mungkin dapat ditutup sehingga keadilan tertegak. InsyaAllah aku akan ke mahkamah, dan aku akan dedahkan segala-galanya di mahkamah.

“Aku berharap beliau tidak sesekali menarik balik kes sebagaimana kes abang aku. Nak celup pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Bukan acah-acah tunjuk berani. Sampai setengah lengan dah tarik keluar,” luah Irdina.

Suami pengasas Dnars mahu ambil tindakan, dakwa diri difitnah

Terdahulu, BuzzKini melaporkan suami kepada pengasas kosmetik kecantikan itu ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa pihak lain yang memfitnahnya di media sosial berhubung kematian isterinya.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.