fbpx
Now Reading
Baru Sahaja Jadi Pemilik Sah, Elon Musk Sudah Pecat Beberapa Bos Besar Twitter

Baru Sahaja Jadi Pemilik Sah, Elon Musk Sudah Pecat Beberapa Bos Besar Twitter

Musk bertindak drastik dengan memecat CEO Parag Agrawal, CFO, dan juga Ketua Hal Ehwal Undang-Undang dan Polisi Twitter.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lelaki terkaya di dunia, Elon Musk hari ini secara sah menjadi pemilik baharu Twitter apabila menyelesaikan pemerolehan berjumlah AS$44 bilion (RM277 bilion) yang sudah tertangguh sejak beberapa bulan.

Namun di sebalik pengambilalihan tersebut, nama pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc. Musk menjadi bualan hangat di media sosial selepas dia bertindak drastik dengan memecat beberapa eksekutif kanan Twitter termasuk CEO, Parag Agrawal.

Menurut laporan Sky News, pemecatan Agrawal dilakukan serentak bersama Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Ned Segal dan juga Ketua Hal Ehwal Undang-Undang dan Polisi, Vijaya Gadde.

Malah ada yang mendakwa keputusan itu dilakukan sewaktu Agrawal dan Segal sedang bekerja di dalam ibu pejabat Twitter sebelum diiringi keluar oleh sekuriti.

Dia kemudian dilihat membuat satu ciapan ringkas berbunyi ‘burung itu kini bebas’ selepas menyelesaikan urusannya di sana.

Musk pada Khamis (27 Oktober) memuat naik satu video memperlihatkan dia sudah berada di ibu pejabat Twitter dipercayai untuk menghadiri mesyuarat dengan para pekerja di sana.

Bukan itu sahaja, dia turut dilihat menukar bio Twitternya kepada ‘Chief Twit’.

Sebagai info, penyelesaian perjanjian ini sekaligus akan menamatkan tindakan undang-undang oleh Twitter yang sebelum ini berusaha untuk memaksa Musk agar menyelesaikan tawarannya selepas beliau cuba mengingkari perjanjian itu.

Baca artikel berkaitan :

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.