fbpx
Now Reading
Lelaki Kantoi Lepas Setahun Duduk ‘Percuma’ Dalam Pusat Beli Belah
lelaki tinggal dalam shopping mall secara percuma selama setahun

Lelaki Kantoi Lepas Setahun Duduk ‘Percuma’ Dalam Pusat Beli Belah

Pada awalnya Townsend hanya merancang untuk tinggal di premis berkenaan selama seminggu namun ia berlarutan sehingga setahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki di New York menceritakan tentang kisahnya yang pernah tinggal selama setahun dalam satu ruangan sempit di sebuah pusat membeli belah di Amerika Syarikat.

Menurut laporan Harian Metro, lelaki yang dikenali sebagai Michael Townsend itu telah menyelinap masuk di sebuah ruangan kecil yang terlindung dari orang ramai dan pekerja di pusat beli belah tersebut.

Rahsia terbongkar lepas terserempak pengawal keselamatan

Namun, perbuatannya yang tersorok selama setahun itu terbongkar selepas seorang keselamatan yang bekerja di premis berkenaan terserempak dengannya ketika sedang melakukan rondaan.

Jelas Townsend, dia terpaksa tinggal di pusat beli belah itu kerana terdesak akibat diusir oleh pemaju dari kediamannya.

Terbaca iklan bilik kosong

Dia kemudian terbaca satu iklan di mana terdapat sebuah bilik yang kosong di bangunan berkenaan dan mengambil keputusan untuk tinggal di premis tersebut.

Townsend turut menghiasi ruang sempit itu sehingga menjadi sebuah bilik yang lengkap dengan perabot.

Bukan hanya itu, dia turut mengajak rakannya tinggal bersama di bilik terbabit.

Perkara yang terjadi pada tahun 1999 itu dikongsikan oleh Townsend ketika wawancaranya dengan Daily Star baru-baru ini.

Awalnya rancang untuk duduk seminggu

Lelaki itu turut menyatakan pada awalnya dia hanya merancang untuk tinggal di premis berkenaan selama seminggu namun tanpa disangka ia berlanjutan hingga setahun.

Menerusi pengkongsiannya dalam sebuah laman web, Townsend memaklumkan dia teringat tentang satu iklan yang memberi cadangan bagaimana sekiranya sebuah pusat beli belah dijadikan satu tempat untuk diduduki.

“Tema utama iklan itu adalah pusat beli belah bukan hanya untuk golongan kaya menghabiskan wang malah ia boleh digunakan mereka yang terdesak bagi meneruskan kehidupan,” jelasnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.