fbpx
Now Reading
‘Lelaki Paling Kotor’ Meninggal Dunia, Sempat Mandi Buat Kali Pertama Selepas 67 Tahun
lelaki paling kotor di dunia

‘Lelaki Paling Kotor’ Meninggal Dunia, Sempat Mandi Buat Kali Pertama Selepas 67 Tahun

Warga emas itu bagaimanapun berjaya dipujuk oleh jirannya untuk mandi agar mudah mendapat rakan dan teman wanita.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang warga emas di Tehran, Iran yang dipercayai tidak pernah mandi selama 67 tahun akhirnya meninggal dunia pada usia 94 tahun, selepas dimandikan buat pertama kali beberapa bulan lalu.

Memetik laporan media, lelaki yang dikenali sebagai Amou Haji itu digelar sebagai ‘lelaki paling kotor di dunia’ kerana tidak mahu mandi.

Digelar ‘lelaki paling kotor’

Difahamkan individu itu dikatakan memilih untuk tidak mandi kerana bimbang jika dirinya dijangkiti penyakit.

Walau bagaimanapun, warga emas itu tetap sihat meskipun memakan bangkai landak mentah dan menjadikan air lopak jalan sebagai minuman. Malah, air berkenaan turut diletakkan dalam bekas tin minyak yang sudah berkarat.

Jiran tetangga berjaya pujuk untuk mandi

Namun pada awal tahun ini, lelaki itu berjaya dipujuk oleh jiran untuk mandi selepas mereka menggunakan alasan dia akan sukar mendapatkan kawan serta teman wanita jika terus berbuat demikian.

Menurut agensi berita Iran, IRNA yang memetik sumber menyatakan, penduduk kampung pertama kali membawa warga emas itu ke bilik air untuk membersihkan badannya pada beberapa bulan yang lepas.

Jatuh sakit sebelum meninggal dunia lepas dimandikan

Bagaimanapun, Amou Haji kemudian dilaporkan jatuh sakit selepas dimandikan dan meninggal dunia pada 23 Oktober lepas.

Oleh kerana tidak mahu mandi, dia pernah dilaporkan bertindak melompat dari kenderaan yang sedang berjalan sehingga diikat oleh penduduk kampung sebelum membawanya ke sungai.

Meskipun warga emas itu itu dihormati oleh jiran tertangga, masih terdapat segelintir penduduk kampung yang mencemuh serta membaling batu kepadanya yang tinggal di sebuah pokok batu.

Jadi perhatian saintis untuk kaji tubuh warga emas tersebut

Kisahnya yang tidak pernah mandi itu sebelum ini berjaya menarik perhatian para saintis untuk mengkaji hidupan yang ada pada tubuh badannya.

Namun dapatan kajian ternyata mengejutkan para saintis di mana badan lelaki itu tidak dijangkiti oleh bakteria mahupun parasit kecuali Trichinosis, sejenis bakteria yang menyerang manusia yang makan daging mentah serta boleh membuatkan jangkitan biasa.cl

Untuk maklumat sebuah filem dokumentari pendek yang menceritakan tentang kehidupan lelaki itu turut diterbitkan pada tahun 2013 yang bertajuk ‘The Strange Life of Amou Haji’.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.