Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Setiap ibu bapa pastinya mempunyai cabaran tersendiri dalam melayani karenah, telatah serta ragam anak-anak mereka yang masih kecil.
Terkadang melayani karenah dan ragam anak-anak juga agak memenatkan, namun ia pasti akan menjadi salah satu kenangan manis apabila dikenang nanti.
Ragam anak halang ayah pergi kerja
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu perkongsian video yang memaparkan ragam anak kecil yang sanggup mengedutkan baju kerja ayahnya demi menghalang bapanya itu dari pergi ke kerja.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @eykasyafika.96, wanita itu berkongsi ragam anaknya yang menangis di saat suaminya ingin pergi bekerja.
Cuba renyukkan baju kerja ayah
Apa yang menghiburkan, kanak-kanak itu juga cuba merenyuk baju kerja kepunyaan ayahnya kerana tidak membenarkan bapanya itu pergi bekerja.
Selain itu, ketika baju tersebut telah pun disarungkan, anak gadisnya itu berusaha menarik baju ayahnya itu sambil menangis.
Sikap berubah sebab nak dapat adik baru
Difahamkan, sikap anaknya mula berubah setelah kanak-kanak itu mengetahui akan mendapat adik baharu nanti.
Pada masa sama, wanita itu juga berkata ragam anaknya itu hanya sekejap sahaja. Setelah suaminya bekerja anaknya itu akan bermain dan menonton kartun seperti biasa.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat ragam gadis kecil itu yang menghalang ayahnya daripada pergi bekerja.
Ada juga segelintir netizen yang turut berkongsi pengalaman sama yang dilalui oleh mereka.