
“Sah-Sah Kau Salah,”- Lelaki Cuai Bawa Motosikal Hingga Sebabkan 2 Wanita Kemalangan Dikecam [Video]
Kecuaian lelaki tersebut yang keluar dari bahu jalan sebelum memastikan keadaan selamat untuk melintas telah menyebabkan dua wanita itu gagal membrek lalu merempuhnya sebelum terjatuh di atas jalan raya
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak dari kecil kita sudah diajar oleh ibu bapa untuk melihat ke kiri dan kanan sebelum melintas.
Malah semasa mengambil lesen kenderaan juga hal ini ditekankan kerana ia suatu perkara yang sangat penting dalam menghindari dari berlakunya kemalangan jalan raya.
Namun, acap kali kecuaian mereka yang tidak mengamalkan sikap berhati-hati ini menyebabkan orang lain yang terpaksa menanggung sakitnya
Tular rakaman kemalangan kerana kecuaian penunggang motosikal
Baru-baru ini, tular satu rakaman tertutup (CCTV) di Twitter yang dikongsikan oleh Malaysia Most Viral memaparkan kejadian kemalangan disebabkan kecuaian oleh seorang penunggang motosikal.
Dalam video tersebut, kelihatan lelaki yang menunggang motosikal itu keluar dari bahu jalan untuk ke laluan bertentangan namun dia jelas-jelas dilihat hanya memandang ke satu arah sahaja.
Datang sebuah motosikal merempuh lelaki sebelum terjatuh di atas jalan raya
Kecuaian lelaki ini menyebabkan sebuah motosikal yang dinaiki oleh dua wanita yang berada di belakangnya gagal untuk membrek lalu merempuh lelaki terbabit.
Perlanggaran itu menyebabkan mereka bertiga jatuh terjelepok di atas jalan raya sebelum dibantu oleh orang ramai.
Ramai geram lepas lihat lelaki hanya selamatkan diri sendiri
Namun apa yang membuatkan orang ramai geram adalah selepas terjatuh lelaki itu segera bangun dan berdiri di bahu jalan sambil memerhati orang ramai membantu dua wanita terbabit.
Orang ramai kemudian mula mengerumuni kawasan kemalangan tersebut dan dengan segera mengalihkan motosikal dan membawa salah seorang dari wanita berkenaan ke bahu jalan untuk memastikan keadaan jalan tidak sesak.
Melihat di ruangan balas, ramai yang geram dengan tindakan lelaki berkenaan yang hanya menyelamatkan diri sedangkan kemalangan itu berlaku berpunca dari kecuaian dirinya.
Nampak mcm desperate nak perhatian bg org ckp ok ker tak. Tapi semua ker arah girl tu. Dia duduk tepi. Siap org angkt motor dia. Memang ramai org bwk mcm ni
— NazrulNasa 🔰 (@DanteNazz) October 27, 2022
kau dah salah lagi buat bodohkan. tolong n minta maaf la kan..memang sah2 kau salah , kau lagi cari sakit keluar tak tengok jalan
— @Mrs.Coffeelover (@cikgincu) October 28, 2022
Kalau aku, jatuh akan ku gigih bangun. Pergi depan laki tu, aku ceramah kaw2 punya.
— 👽 (@itmeonlyhere) October 28, 2022
Lama pendam ni dok tgk rider xde akal bawak gini. Lepas tu kite see report pulis biar dia nagez pastu igt dlm otak terpaling depan dekat dahi tu. Jgn menyusahkan org.