Arab Saudi Sambut Halloween Besar-Besaran, Ustazah Asma’ Luah Rasa Sedih & Bimbang

Hallowen yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun merupakan antara perayaan yang paling popular di negara-negara Eropah.

Ia disambut oleh golongan anak kecil dan orang muda dengan berhias dan memakai kostum yang menyerupai hantu.

Namun kebelakangan ini, negara-negara Islam juga tidak terlepas dalam meraikan perayaan Halloween meskipun tidak mempunyai hubung kait dengan sejarah perayaan kaum Celtic purba itu.

Tular Arab Saudi sambut Halloween

Hal ini kerana tular di media sosial mengenai sambutan Halloween yang disambut secara besar-besaran di Riyadh Boulevard, Arab Saudi sejak Khamis lalu (27 Oktober).

Ia menjadi bualan hangat kerana negara itu dahulunya mengharamkan serta tidak membenarkan rakyatnya menyambut perayaan tersebut.

Difahamkan perayaan Halloween yang diadakan itu membenarkan pelawat masuk ke Boulevard secara percuma dengan syarat mereka memakai pakaian yang menakutkan.

Raikan Halloween hanya suka-suka tak lebih dari itu

Menurut laporan Malaysia Gazette yang memetik Arab News, salah seorang pengujung, Abdulrahman berkata mereka hanyalah meraikan perayaan itu secara suka-suka dan tidak lebih daripada itu.

“Ini perayaan besar, jujur dan menyeronokkan. Soal halal atau haram, saya tidak tahu tentang itu. Kami merayakan hanya untuk suka-suka dan tidak lebih daripada itu. Kami tidak percaya pada apa-apa pun,” katanya.

Ustazah Asma’ luah rasa sedih dan bimbang

Susulan itu, penceramah bebas, Ustazah Asma’ Harun turut meluahkan perasaan sedih dan bimbang melihat negara Arab Saudi yang merupakan sebuah negara Islam menyambut perayaan ini secara besar-besaran.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook miliknya, Ustazah Asma’ berkata lebih merisaukan apabila anak-anak muda di Malaysia turut menyambut perayaan itu.

“Kita amat sedih dan bimbang saat tularnya berita mengenai pesta ini yang disambut di Arab Saudi yang mana ia merupakan sebuah negara Islam. Dan yang cukup merisaukan juga saat melihat anak-anak di negara kita turut terlibat sama merayakannya,” tulisnya.

Tambah Ustazah Asma’, perayaan ini bukan sahaja dilarang di sisi syarak kerana menyerupai perayaan orang bukan Islam, tetapi juga disebabkan pergaulan bebas antara lelaki dan juga wanita serta pendedahan aurat yang tidak terkawal.

Umat Islam harus bantah dan tidak setuju

Ujar Ustazah Asma’, sebagai umat Islam, kita haruslah membantah dan tidak setuju dengan apa juga acara yang melibatkan maksiat dan hiburan melampau

“Sebagai umat yang cinta akan agama Islam, kita seharusnya menyatakan bantahan dan ketidaksetujuan terhadap apa-apa jua acara yang melibatkan maksiat dan hiburan melampau, bukan sahaja kepada pesta Halloween yang berlaku di Arab Saudi ini,” tulisnya lagi.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

2 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago