fbpx
Now Reading
Buat Drift Hingga Rosakkan 4 Kenderaan Di Thailand, Rakyat Malaysia Kena Bayar Ganti Rugi RM12,000 [Video]

Buat Drift Hingga Rosakkan 4 Kenderaan Di Thailand, Rakyat Malaysia Kena Bayar Ganti Rugi RM12,000 [Video]

Difahamkan geseran tayar pada permukaan pasir menyebabkan batu di kawasan tersebut melantun dan terkena cermin dan bahagian badan kenderan-kenderaan terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tindakan seorang rakyat Malaysia melakukan aksi drift di sebuah tempat letak kereta berpasir di Hatyai, Songkhla, Thailand akhirnya menyebabkan dia kerugian apabila terpaksa membayar ganti rugi hampir 100,000 baht (RM12,438) kepada empat pemilik kenderaan di sana.

Menurut laporan Bangkok Post, dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat (28 Oktober) sekitar jam 1 petang, tindakan lelaki berusia 32 tahun itu menyebabkan sebuah kereta dan tiga lagi tuk-tuk yang berada di tempat letak kereta mengalami kerosakan antaranya cermin pecah dan calar.

Batu di atas jalan terkena cermin dan badan kereta

Ianya selepas geseran tayar menyebabkan batu-batu di kawasan parkir berpasir tersebut melantun dan terkena cermin dan bahagian badan kenderan-kenderaan terbabit.

Dia yang memandu sebuah kereta jenis BMW M2 bagaimanapun tidak menyedari apa yang berlaku sebaliknya beredar dari tempat kejadian selepas melakukan aksi tersebut.

Namun pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan kemudiannya tampil membuat laporan polis pada hari sama.

Ketua Polis Pelancong Hatyai Leftenan Kolonel Anuwat Rith dalam satu sidang media pada Ahad (30 Oktober) berkata, polis kemudiannya berjaya mengesan kenderaan yang dibawa lelaki warga Malaysia itu di Kompleks igresen, Kastam, dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand pada Sabtu, kira-kira jam 6 petang.

“Pemandu itu bersama isterinya telah dibawa ke balai polis untuk bertemu dengan pemilik kenderaan yang terjejas,” katanya sewaktu sidang media.

Keempat-empat pemilik kenderaan terbabit pada mulanya meminta kos kerugian sebanyak 107,000 (RM13,299) namun selepas berbincang, mereka bersetuju bahawa Azmi hanya perlu membayar ganti rugi sebanyak 99,000 baht (RM12,326).

Pemandu mohon maaf, jelas berbuat demikian selepas dipinta oleh seorang pekerja di sana

Lelaki ini dalam masa sama turut memohon maaf kerana tidak menyedari perbuatannya telah menyebabkan kerosakan pada kenderaan lain.

Malah dia menjelaskan berbuat demikian selepas diminta oleh seorang pekerja wanita di pusat pelancongan tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.