fbpx
Now Reading
Lelaki Dakwa Kereta Dipecah Di Pusat Beli Belah Di KL Gara-gara Tertinggal Bag Baju & Susu Anak

Lelaki Dakwa Kereta Dipecah Di Pusat Beli Belah Di KL Gara-gara Tertinggal Bag Baju & Susu Anak

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Delhan Yahaya yang dihubungi mengesahkan ada menerima satu laporan berhubung kejadian pecah kenderaan yang berlaku pada 30 Oktober.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/irfannhaziq_/status/1586380969048625152?s=20&t=hEFTZeJAQhgN-m3QN6lhUQ

Kes kenderaan yang sedang parking dipecah samun bukanlah sesuatu yang asing lagi di negara ini, ia kerap terjadi di kawasan yang sunyi dan tiada kamera litar tertutup (CCTV).

Oleh itu, pasti ramai orang akan memilih untuk meletakkan kenderaan mereka di kawasan yang lebih selamat walaupun berbayar seperti parking di bawah pusat beli belah.

Hal ini kerana kebanyakkan parking berbayar membunyai sekuriti yang akan bertugas dengan melakukan rondaan mengikut waktu yang ditetapkan.

Kereta dipecah samun di dalam parking lot berbayar

Namun begitu, siapa sangka parking di bawah pusat membeli belah terkenal Suria KLCC juga tidak lagi selamat apabila seorang lelaki ini berkongsi gambar cermin keretanya yang pecah.

Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman Twitter akaun @irfannhaziq_, Haziq meminta agar orang yang sering berkunjung ke mall tersebut agar sentiasa berhati-hati.

Kereta dipecah, gara-gara tertinggal bag

Menurut Haziq, kereta miliknya dipecah oleh pencuri itu kerana dia tertinggal bag baju dan susu anak di bahagian kerusi belakang kenderaan tersebut.

“Kereta aku baru kena pecah tadi sebab aku tertinggal bag baju dan susu anak kat seat (kerusi) belakang. Nasib baik tiada barang berharga dalam beg,” tulisnya.

Kejadian yang sama berlaku sehari sebelum

Apa yang mengejutkan, kejadian yang sama turut berlaku pada malam sebelumnya di kawasan parking lot mall tersebut.

Hal ini diketahuinya apabila seorang lagi mangsa yang meilhat ciapan tersebut telah menghubungi Haziq memaklumkan tentang kejadian yang sama terjadi pada dirinya.

“Dapat DM (direct message) dari seseorang yang kereta dia pun kena pecah semalam dekat Suria KLCC parking lot. Malangnya, isterinya hilang laptop office. Laporan polis telah dibuat.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut memberi pesanan agar orang ramai tidak meninggalkan apa sahaja barang di dalam kereta terutama kawasan yang boleh dilihat melalui cermin kenderaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.