fbpx
Now Reading
“Menyeramkan Tetapi Comel,” – NASA Kongsi Foto Matahari Seperti ‘Tersenyum’
NASA rakam gambar matahari tersenyum

“Menyeramkan Tetapi Comel,” – NASA Kongsi Foto Matahari Seperti ‘Tersenyum’

Menurut NASA, tompok hitam yang kelihatan pada matahari itu kenali sebagai lubang kronal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila Satelit Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) di Amerika Syarikat telah berkongsi gambar matahari yang kelihatan seperti tersenyum.

NASA menerusi Twitter pada 27 Oktober menunjukkan corak pada korona matahari yang mempunyai tompok hitam sehingga menghasilkan bentuk seperti mata dan mulut dengan ‘wajah yang gembira’.

NASA rakam gambar matahari tersenyum

“‘Say cheese! Hari ini (27 Oktober), Balai Cerap Dinamik Suria NASA merakam matahari ‘tersenyum’.

“Dilihat dalam cahaya ultraungu, tompok-tompok gelap di matahari ini dikenali sebagai lubang koronal dan merupakan kawasan di mana angin suria kencang memancar keluar ke angkasa,” ciap agensi angkasa lepas Amerika itu.

Gambar fenomena tarik perhatian ramai dan ada menyatakan ia seram tetapi comel

Ciapan tersebut kemudiannya berjaya mengumpul lebih daripada 11 ribu tanda suka, 1,645 retweet dan di ruangan balas dapat dilihat ramai yang terkejut melihat fenomena tersebut.

Tidak kurang ada juga menyatakan gambar tersebut menyeramkan tetapi comel.

“Cukup menarik tetapi pada masa sama ia mengerikan,” kata seorang pengguna di media sosial.

“Say cheese! dan kemudian jadikan bumi sebagai burger keju panggang,” gurau seorang lagi pengguna.

“Nampak sangat menarik! Ia kelihatan seperti matahari yang sedang tersenyum,” kata pengguna yang lain.

Boleh membawa akibat menakutkan kepada bumi

Dalam pada itu, menurut Newsweek, meskipun matahari kelihatan seperti terseyum kepada kita, ia masih boleh membawa kepada perkara yang menakutkan untuk planet kita.

Corak seperti muka berkenaan sebenarnya adalah hasil daripada kedudukan secara kebetulan yang dikenali sebagai lubang koronal, yang pada asasnya adalah kawasan medan magnet yang terbuka di kawasan atmosfera matahari yang cenderung lebih sejuk dan mempunyai ketumpatan yang kurang dari sekeliling plasma.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.