fbpx
Now Reading
PRU15 Semakin Hampir, Lelaki Ini Kongsikan Kenapa Anda Harus Turun Mengundi [Video]

PRU15 Semakin Hampir, Lelaki Ini Kongsikan Kenapa Anda Harus Turun Mengundi [Video]

Berdasarkan perkongsian tersebut, kebanyakan kawasan yang dimenangi pada PRU lepas merupakan kemenangan tipis kerana jumlah yang tidak turun mengundi adalah tinggi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seperti yang telah diketahui umum, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 19 November sebagai Hari Pengundian bagi PRU15 nanti.

Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh pada satu sidang media selepas pihaknya mengadakan mesyuarat khas di Ibu Pejabat SPR pada 20 Oktober lalu.

Baca artikel berkaitan: PRU15: SPR Tetapkan 19 November Tarikh Mengundi

Bagaimanapun, masih terdapat segelintir rakyat Malaysia yang berasa malas untuk turun mengundi pada hari mengundi nanti.

Malah ada yang secara terang-terangan menyatakan keengganan mereka kerana sudah ‘menyampah dan penat’ dengan situasi politik semasa.

Kenapa rakyat Malaysia wajib mengundi

Susulan itu seorang TikToker yang dikenali sebagai Iqbal telah membuat video penerangan mengapa rakyat Malaysia wajib turun mengundi.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya, Iqbal berkongsi satu ciapan di Twitter oleh seorang pengguna yang menunjukkan statistik peratus pengundi pada PRU14 yang lalu.

“Aku baru jumpa satu benda ni yang bagi sebab paling kukuh aku dah nampak setakat ini kenapa korang wajib keluar mengundi 19 November ini,” kata Iqbal.

Data statistik bagi PRU14 di semua kawasan

Di dalam statistik PRU14 yang diperolehi daripada SPR itu, pemilik akaun Twitter @Thevesh menunjukkan setiap peratusan bagi kategori pengundi, tidak mengundi dan juga undi rosak.

Rajah tersebut merangkumi setiap negeri dan daerah yang ada di dalam negara Malaysia.

Kawasan menang tipis lebih tinggi

Berdasarkan rajah ini, kawasan yang berwarna hijau pekat merupakan lokasi yang memenangi pilihan raya dengan jumlah majoriti yang besar manakala bagi kawasan berwarna hijau cair pula adalah kawasan yang dimenangi dengan jumlah majoriti yang sedikit.

Foto: Twitter/Thevesh

Dengan data peratusan majoriti pengundi ini, jelas kelihatan bahawa kebanyakan kawasan yang bertanding hanya mampu meraih kemenangan tipis kerana peratusan orang yang tidak turun mengundi adalah tinggi.

Ramai orang tak turun mengundi

Pada masa yang sama, satu lagi rajah statistik juga menunjukkan peratusan majoriti orang yang tidak turun mengundi adalah lebih tinggi daripada mereka yang turun mengundi.

Foto: Twitter/Thevesh

Jumlah pengundi tak hadir lagi tinggi dari jumlah undi majoriti yang diterima pemenang

Berbeza dengan rajah sebelumnya, kawasan yang berwarna merah merupakan tempat di mana majoriti orang tidak turun mengundi manakala yang berwarna putih pula yang turun mengundi.

“Lebih daripada 60% kerusi parlimen ada jumlah pengundi tak hadir yang lagi tinggi berbanding dengan jumlah majoriti yang pemenang kerusi itu dapat.

“Hal ini menunjukkan betapa bernilainya undi korang dan betapa pentingnya korang kena keluar mengundi,” katanya dalam video itu.

Tambahnya lagi, orang ramai yang tidak mengundi sebelum ini patut sedar tindakan tidak turun mengundi umpama memberikan undi pada orang yang salah.

“Jadi kalau ada sesiapa cakap undi korang tak ada manfaat dan tak ubah apa-apa, tunjuk saja peta ni dan suruh diorang diam.”

Jadikan PRU15 medan sebenar memilih kerajaan

Oleh yang demikian, undi setiap satu daripada rakyat Malaysia adalah penting kerana dengan undian ini kita dapat menentukan parti mana yang mempunyai majoriti serta layak mentadbir negara.

Sikap malas dan tidak ambil tahu hanya akan merugikan diri sendiri. Jadi korang, jom lah turun mengundi nanti!

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.