“Semoga Bisnes Lingkup!” – PU Rahmat Kesal, Ada Founder Gunakan Kaabah Untuk Promosi Produk
Menurut PU Rahmat, dia menyeru agar orang ramai berhentik menggunakan Kaabah sebagai suatu alat pemasaran.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak kebelakangan ini, kecanggihan teknologi serta aplikasi yang ada menyebabkan orang ramai semakin minat untuk menceburi bidang perniagaan.
Namun, antara produk yang sering menjadi tumpuan adalah barangan kosmetik kerana ia dilihat lebih mudah untuk mendapatkan pelanggan selain faktor permintaan yang tinggi.
Buat founder dan agen produk, pelbagai cara pemasaran digunakan agar branding dan produk jualan dikenali ramai, termasuklah dengan memuat naik gambar produk di dalam media sosial.
Founder promosi produk depan Kaabah
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang usahawan yang dikatakan menunggang agama apabila mempromosikan barangan di Tanah Suci Mekah dengan mengambil gambar di hadapan Kaabah.
Perkara ini bukan sahaja menimbulkan perasaan marah orang ramai yang melihatnya, malah Pencetus Ummah (PU) Rahmat turut kesal dengan tindakan usahawan terbabit.
PU Rahmat seru founder berhenti guna Kaabah sebagai alat pemasaran
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook miliknya, PU Rahmat menyeru agar orang ramai berhentik menggunakan Kaabah sebagai suatu alat pemasaran.
“Wahai founder (pengasas) produk. Berhenti jadikan Kaabah sebagai alat marketing (pemasaran). Berhenti bawa produk kamu ke dalam kawasan Masjidil Haram,” tulisnya.
PU Rahmat turut berkongsi satu hadis yang melarang umat Islam dari berniaga di dalam masjid.
“Semoga bisnes kamu lingkup wahai founder” – PU Rahmat
Pada masa sama, PU Rahmat juga mendoakan kepada sesiapa yang tidak insaf dan enggan memohon maaf agar bisnes yang dijalankan tidak berjaya.
“Jika kamu tidak insaf dan memohon maaf, inilah doa saya, semoga bisnes kamu lingkup wahai Founder Produk yang menggunakan Rumah Allah sebagai alat dagangan.”
Pencetus Ummah, Rahmat