Seram! Jiran Mengadu Anak Buat Bising Waktu Malam, Sekali Tengok CCTV Rupanya Ada ‘Makhluk Lain’
Menurut lelaki terbabit, dia berkongsikan video tersebut selepas jirannya mengadu terdengar bunyi bising pada waktu tengah malam yang disangkakan bunyi kanak-kanak bermain.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Bergelar seorang penghuni pangsapuri atau rumah tinggi, pasti korang pernah terdengar pelbagai bunyi dari tingkat atas rumah anda.
Namun bunyi yang berterusan lebih-lebih lagi pada waktu malam pasti akan menimbulkan rasa tidak selesa dan boleh menggangu tidur anda.
Begitulah yang dialami sorang penghuni rumah pangsapuri apabila mendakwa kerap mendengar bunyi bising di atas rumahnya pada lewat malam dipercayai seolah-oleh bunyi kanak-kanak sedang bermain.
Namun, siapa menyangka demi membuktikan dakwaan tersebut tidak benar, jirannya tampil menunjukkan video rakaman CCTV yang berada di ruang tamu rumahnya.
Tertangkap CCTV sesuatu pergerakan
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @bt.mobile, lelaki tersebut menunjukkan sesuatu yang bergerak di dalam rumahnya pada waktu malam.
Jiran sering mengadu dengar bunyi bising pada waktu malam
“Jiran bawah bising pasal katanya anak siapa jam 12 (malam) tak tidur-tidur, kita bagi bukti tak pulak dia buka,” tulisnya dalam video.
Difahamkan, kejadian misteri yang tertangkap CCTV pada ruang tamu rumah itu berlaku di sebuah kediaman di Kampung Jawa, Klang.
Kelihatan bentuk misteri berwarna putih sedang bergerak
Pada video sama, kelihatan sosok misteri berwarna putih sedang bergerak-gerak di atas lantai rumah yang dipercayai merupakan makhluk halus.