Video Khairul Aming Beri Ucapan Dalam Bahasa Melayu Ketika Majlis TikTok Di Indonesia Buat Ramai Berbangga [Video]
Menurut Khairul Aming, sebenarnya ada banyak nilai yang dapat diberikan oleh content creator dengan walaupun dengan menggunakan video selama satu minit sahaja.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Sebut sahaja tentang Khairul Aming, pasti anda sudah dapat membayangkan video masakannya yang sering membuatkan ramai terliur.
Malah influencer dan usahawan terkenal ini juga sering menjadi inspirasi orang ramai yang senang dengan sikap profesionalnya dalam apa jua keadaan yang mendatang.
Berucap guna Bahasa Malaysia di Majlis TikTok For You Stage
Terbaharu, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman sekali lagi menjadi perhatian orang ramai apabila tular video ucapannya yang menggunakan Bahasa Melayu ketika menjadi wakil Malaysia bagi content creator di majlis TikTok For You Stage di Indonesia.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram dia ditanya apakah inspirasi yang membuatkan dirinya terus berjaya dalam membuat konten di media sosial.
Pengikut jadi inspirasi untuk terus berjaya buat konten
Jelasnya, sumber inspirasinya sudah semestinya datang dari komuniti pengikut di media sosial tersebut.
“Saya buat video memasak sudah 5 tahun ada yang menggunakan video itu untuk masak kepada keluarganya, ada pelajar yang guna video itu untuk masak di rumah sewa. Kita juga ada usahawan yang gunakan video untuk buat perniagaan di rumah.
“Jadi semua kisah ini memberi inspirasi kepada saya dan memberi kesedaran banyak nilai kita sebagai content creator boleh beri kepada masyarakat walaupun dengan video yang sepanjang satu minit sahaja.
“Jadi salam sayang daripada Malaysia, terima kasih semua,” katanya dalam ucapan itu.