Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Di Malaysia, kejadian ular memasuki kediaman rumah atau enjin kereta bukanlah sesuatu yang asing lagi.
Artis seperti Aiman Tino juga pernah berhadapan dengan situasi yang sama apabila penyanyi itu terkejut melihat seekor ular sawa berada di bahagian enjin keretanya.
Namun harus diingatkan, jika terjadi perkara sebegini, anda mestilah menghubungi pihak berwajib seperti Bomba atau Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kerana ular merupakan haiwan yang berbahaya.
Anggota JPAM berusaha tarik ular keluar
Begitulah yang dilakukan seorang pemandu ini yang menghubungi JPAM sebaik menyedari bahawa terdapat seekor ular di bahagian enjin kenderaannya.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @ceq86, kelihatan anggota JPAM sedang berusaha menarik ular berkenaan keluar dari enjin kereta.