fbpx
Now Reading
Isu Rosakkan ‘Kolam’ Rangoli, KPJ Mohon Maaf Maklum Gantung Tugas Kakitangan Terbabit
KPJ Klang tampil mohon maaf, individu rosakkan kolam digantung kerja

Isu Rosakkan ‘Kolam’ Rangoli, KPJ Mohon Maaf Maklum Gantung Tugas Kakitangan Terbabit

Pihak Hospital Pakar KPJ Klang turut memaklumkan individu berkenaan telah digantung kerja sementara menunggu siasatan lanjut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (31 Oktober), kecoh di media sosial apabila tular satu video memaparkan tindakan seorang individu berbaju melayu merosakkan ‘kolam’ Rangoli yang dilakukan di sebuah hospital swasta di Klang.

Dalam video berkenaan, jelas menunjukkan lelaki tersebut tidak hanya memijak hiasan tersebut malah turut menguis hiasan itu menggunakan kakinya.

Polis kemudiannya mereman lelaki yang juga kakitangan di hospital tersebut selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung hal terbabit.

Pihak hospital tampil mohon maaf secara terbuka

Susulan itu, pihak Hospital Pakar KPJ Klang menerusi satu hantaran di Facebook tampil pemohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia, khususnya terhadap masyarakat kaum India, berhubung dengan video yang tular di salah satu premis miliknya.

Jelasnya, sebagai penyedia perkhidmatan penjagaaan kesihatan, pihaknya sentiasa menyantuni dan menghormati kepelbagaian budaya di Malaysia.

Kecewa dengan tindakan yang dilakukan & maklum individu digantung kerja

“Kami ingin menyatakan dengan jelas bahawa KPJ Healthcare tidak membenarkan tindakan sedemikian dan sama sekali tidak mencerminkan budaya, nilai atau amalan kami.

“Kami kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu ini dan pihak terbabit telah digantung kerja sementara menunggu siasat lanjut,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Mengulas lanjut, pihak hospital juga telah membuat laporan polis berhubung insiden itu dan akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa berkenaan hal ini.

Foto: FB Hospital KPJ Klang

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.