fbpx
Now Reading
Anak Sakit Perut? Ini Simptom Apendiks & 4 Tanda Anda Perlu Bawa Anak Jumpa Doktor [Video]
Doktor kongsi tanda-tanda apendiks

Anak Sakit Perut? Ini Simptom Apendiks & 4 Tanda Anda Perlu Bawa Anak Jumpa Doktor [Video]

Terdapat beberapa tanda serta simptom yang akan dialami oleh pesakit seperti rasa sakit perut di bahagian kanan sebelah bawah selain demam, loya dan banyak lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sakit di bahagian perut sudah tentu membuatkan setiap orang yang mengalaminya berasa tidak selesa.

Apatah lagi jika perkara ini berlaku kepada anak kecil hingga membuatkan mereka sering menangis dan merengek disebabkan ketidakselesaan yang sedang dialaminya.

Namun, sebagai ibu bapa adakalanya kita mungkin kurang memahami sakit perut bagaimanakah yang dirasai oleh mereka.

Ini kerana mereka mungkin mengalami masalah seperti kembung perut, sakit perut disebabkan sembelit atau lebih membahayakan jika mereka sebenarnya mempunyai masalah apendiks yang juga boleh membawa maut.

Kongsi tanda-tanda apendiks

Baru-baru ini, seorang pengamal perubatan Dr Aishah Abas telah berkongsi tanda-tanda apendiks atau appendicitis serta bilakah waktu anak anda perlu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Dr Aishah memaklumkan antara yang membezakan sakit perut biasa dengan apendiks adalah pesakit akan merasai sakit dibahagian kanan perut di
sebelah bawah.

Pesakit juga mungkin akan alami simptom lain

Selain itu, si kecil juga mungkin mengalami beberapa simptom lain seperti demam, masalah sembelit atau cirit-birit, loya dan juga muntah.

Jelasnya sakit perut di kalangan kanak-kanak dan muntah juga boleh menjadi sesuatu perkara yang sering dihadapi oleh ibu bapa ketika di rumah.

Namun, terdapat beberapa tanda yang perlu ibu bapa cakna untuk membawa anak anda ke hospital bagi mendapatkan rawatan dengan segera.

#1 Membongkok

Foto: Freepik

Sekiranya anak anda mengalami sakit perut sehingga membuatkannya membongkok untuk menahan sakit itu adalah salah satu tanda mereka perlu dibawa ke hospital dengan segera.

#2 Menyendiri

Foto: Freepik

Mereka yang sedang mengalami kesakitan selalunya lebih gemar untuk menyendiri untuk menahan rasa sakit yang dialami.

#3 Berbaring pada satu bahagian

Foto: Ksenia Chernaya by Pexels

Tindakan ini juga dilakukan sebagai salah satu tanda bahawa si kecil sedang berada dalam kesakitan.

Sekiranya ia kerap berlaku semasa anak anda sedang mengalami sakit perut, ini merupakan satu petanda kepada ibu bapa.

#4 Cerewet & kekal berjaga

Foto: Freepik

Ketika mengalami kesakitan sudah tentu mereka akan menjadi cerewet atau merasakan semua serba tidak kena sehingga menyebabkan mereka berjaga dan sukar mendapatkan tidur yang lena.

Sekiranya si kecil anda mempunyai ciri-ciri tersebut, anda perlu segera membawa mereka untuk berjumpa dengan doktor kerana apendik yang tidak dirawat boleh menyebabkan ia pecah dan boleh mengakibatkan komplikasi lain seperti kematian.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.