Isteri Zamani Dakwa Suami Tak Dapat Bayaran, Penganjur Konsert Cakap Hanya Salah Faham

Baru-baru ini, kecoh apabila isteri kepada penyanyi popular, Zamani iaitu Nur Juliana Abd Rani yang mendakwa suaminya tidak mendapat sebarang bayaran ketika menjayakan konsert Doa Buat Zamani yang berlangsung pada 30 September lalu.

Kenyataan yang dimuat naik itu sekaligus telah mengundang persoalan di kalangan peminat penyanyi lagu ‘Gerimis Mengundang’ itu mengenai hal yang sebenar.

Susulan itu, pengajur Konsert Doa Buat Zamani, Aalan Ahmad berkata dia tidak bercadang mengambil tindakan kepada isteri Zamani terhadap dakwaan itu.

Tiada tindakan akan diambil, mungkin hanya salah faham

Menurut laporan Harian Metro, Aalan yang mewakili syarikat Indera Entertainment itu berkata lagi, mungkin juga Juliana tersalah faham sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Dia mungkin tidak tahu perkara sebenar berkenaan tiket yang tidak habis dijual, tetapi pada masa sama penonton dilihat memenuhi tempat duduk yang disediakan.

“Saya anggap ini hanyalah salah faham kecil dalam satu keluarga dan tidak menyalahkan dia sepenuhnya atas apa yang berlaku. Masalah ini sepatutnya boleh diselesaikan sesama kami dan bukan membawanya keluar.

“Mungkin dia tertekan memikirkan keadaan suaminya yang bakal menjalani pembedahan serta pelbagai masalah lain sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian,” katanya.

365 keping tiket yang terjual

Sementara itu, Aalan turut menunjukkan penyata jualan tiket konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur iaitu sebanyak 365 keping.

Pengiraan lengkap jualan terbabit mendapati tiket kategori tempat duduk Rindiani dijual sebanyak 72 keping, Nur (214), Maria Mariana (31), Kurnia (48) dengan jumlah keseluruhan RM107,120.

“Jumlah itu kemudiannya dicampur dengan tiket pembelian Tuanku Permaisuri Selangor menjadikan jumlah terkumpul sebanyak RM116,120.

“Dari situ saya bayar segala kos berkaitan antaranya sewa pentas, pemuzik, artis undangan dan permit DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) yang jumlahnya mencecah RM111,485.

Keuntungan bersih hanya RM4,635 selepas tolak pelbagai kos

“Selepas ditolak kos itu, baki yang tinggal di tangan ialah RM4,635. Itulah pendapatan yang kami dapat. Wang itu akan diberikan kepada Zamani mengikut rundingan asal 70/30,” katanya lagi.

Ujar Aalan, maka tidak benarlah dakwaan yang mengatakan Zamani tidak mendapat sebarang bayaran selepas menjayakan konsert itu.

“Saya masih ingat kenyataan Zamani tak kisah jika tiada untung besar asalkan kami tidak berhutang.”

Pada masa sama, Aalan turut mendoakan agar pembedahan yang bakal dijalani Zamani minggu hadapan berjalanan dengan lancar.

Isteri Zamani muat naik status, dakwa suami tidak dibayar

Terdahulu, media melaporkan Juliana memuat naik status di media sosial yang mendakwa suaminya tidak menerima sebarang bayaran selepas menjayakan Konsert Doa Buat Zamani baru-baru ini.

Menerusi status selanjutnya pula, Julie meminta semua pihak mendoakan individu yang dikatakan membawa lari wang Konsert Doa Buat Zamani itu menerima pembalasan.

Baca artikel berkaitan: [Video] Pak Nil Tahan Sebak Tengok Persembahan Nyanyian Zamani Sambil Bongkok

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

12 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

12 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

12 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

13 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

14 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

15 hours ago