fbpx
Now Reading
PRU15: PN Bakal Calonkan Shahidan Kassim Di Parlimen Arau

PRU15: PN Bakal Calonkan Shahidan Kassim Di Parlimen Arau

Menurut Pengerusi PN Perlis itu, perbincangan di peringkat negeri masih berjalan serta perlu menunggu keputusan ibu pejabat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perikatan Nasional (PN) Perlis hari ini (2 November) memaklumkan kekosongan nama calon bagi Parlimen Arau adalah kerana ingin memberi ruang kepada Datuk Seri Shahidan Kassim bertanding mewakili parti tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Menurut laporan Sinar Harian, Pengerusi PN Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, nama calon bagi Parlimen itu dikosongkan di saat akhir kerana perbincangan di peringkat Pusat bersama Shahidan belum dimuktamadkan lagi.

Masih berbincang, tunggu keputusan di ibu pejabat

“Ya, betul ada rundingan dengan beliau (Shahidan). Semua bermula apabila kami berjumpa secara tidak sengaja di lapangan terbang pada Isnin (31 Oktober) lepas.

“Kami mempunyai hubungan baik selama ini dan perkara ini (tawaran menjadi calon PN) tercetus selepas terdapat ura-ura beliau mungkin tidak tercalon pada PRU15.

“Di peringkat negeri, kami belum tahu lagi keputusannya kerana perbincangan masih berjalan di ibu pejabat. Saya masih menunggu keputusan ibu pejabat,” katanya.

PN Perlis telah hantar nama calon untuk dipilih

Mohd Shukri yang juga Pesuruhjaya Pas Perlis berkata, pihaknya sebelum ini telah menghantar nama-nama calon di peringkat Pusat untuk dipilih bagi bertanding di kerusi Parlimen Arau.

“Kerusi Parlimen Arau ini adalah milik Pas. Sebelum ini, kita sudah hantar senarai nama yang sesuai untuk bertanding di kerusi Parlimen Arau.

“Berdasarkan situasi sekarang, kita akan beri laluan kepada Shahidan sebab beliau adalah calon boleh menang. Paling penting pada kami adalah memenangi sebanyak kerusi pada PRU15,” katanya lagi.

Zahid gugurkan beberapa nama besar calon BN

Terdahulu, Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengugurkan beberapa nama besar dalam pencalonan PRU15 termasuk bagi kerusi Parlimen Arau, Shahidan Kassim yang digantikan dengan Rozabil Abdul Rahman.

Susulan itu, Shahidan memaklumkan bahawa beliau tetap akan bertanding pada PRU15 ini meskipun namanya sudah digugurkan.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.