fbpx
Now Reading
Barulah Berbaloi! MIROS Perkenal CamScore, Mudahkan Pengguna Pilih Dashcam Terbaik Di Pasaran

Barulah Berbaloi! MIROS Perkenal CamScore, Mudahkan Pengguna Pilih Dashcam Terbaik Di Pasaran

Program CamScore ini bertujuan memudahkan pengguna dalam urusan memilih dashcam terbaik yang bersesuaian dan berbaloi dengan mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat pengguna jalan raya khususnya para pemandu, Dashboard Camera atau dashcam kereta ketika ini dianggap salah satu aksesori ‘wajib ada’ di dalam kenderaan masing-masing.

Ia bukan sahaja boleh membantu anda mempertahankan diri sekiranya terlibat dalam kemalangan dengan pemandu cuai, malah dashcam boleh menjadi bahan bukti jika berlaku sebarang aktiviti jenayah seperti buli, ragut, scam (menipu menjadi mangsa kemalangan) dan banyak lagi.

Namun untuk memilih perakam yang betul-betul memuaskan hati tidak mudah, ini kerana terdapat banyak jenama dan model yang sudah dijual di pasaran hingga membuatkan kita sebagai pengguna bingung.

Nak pilih yang popular pula harganya boleh tahan mahal!

Tapi kini anda tak perlu risau lagi kerana MIROS (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia) semalam (2 November) mengumumkan kerjasama dengan CyberSecurity Malaysia dalam membentuk sebuah program kepengguanan yang dinamakan Dashcam Safety Score Card  atau CamScore.

Program CamScore ini bertujuan memudahkan pengguna dalam urusan memilih dashcam terbaik yang bersesuaian dan berbaloi dengan mereka.

Macam mana CamScore dapat membantu orang ramai?

Secara ringkasnya, CamScore akan menyediakan skor dan penilaian untuk perakam yang berada di pasaran.

Bagi peringkat awal ini, sebanyak tiga faktor yang diambil kira sebelum membuat penilaian iaitu ciri asas, ciri termaju, dan juga ciri bantuan pemanduan (ADAS).

Hasil dari penilaian awal terhadap puluhan produk, MIROS telah menyenaraikan lima peranti terbaik yang mendapat mendapat 5 bintang iaitu :

  • 70mai A800s
  • 70mai Pro Plus+ A500S
  • Thinkware U1000
  • 70mai M500
  • DDPAI X5 Pro.

Dari 5 produk ini, dua model keluaran 70mai iaitu 70mai A800s dan 70mai Pro Plus+ A500S mencatat skor tertinggi dengan 4.59 mata.

15 peranti dapat 4 bintang

Selain dari lima model tersebut, 15 lagi peranti turut mendapat skor yang agak tinggi iaitu 4 bintang didahului oleh IROAD X11 di tempat ke-6 manakala 70mai A400 di tempat ke-20.

Lihat senarai kedudukan CamScore di bawah mengikut skor:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.