fbpx
Now Reading
Bengang Kena Tegur Curi Seluar Dalam Wanita, Lelaki Ancam, Ugut Bunuh Anak Mangsa

Bengang Kena Tegur Curi Seluar Dalam Wanita, Lelaki Ancam, Ugut Bunuh Anak Mangsa

Perbuatan terkutuk lelaki berusia 40-an itu mula diketahui keluarga terbabit sejak setahun yang lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara tak berpuas hati ditegur mencuri seluar dalam wanita, seorang lelaki di Johor Bahru sanggup mengancam keselamatan dan mengugut untuk membunuh ahli keluarganya jirannya.

Menurut laporan Harian Metro, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang juga ahli keluarga jirannya mendakwa lelaki itu mencuri seluar dalam wanita yang dijemur di ampaian rumah mereka.

Jiran lelaki 40-an gemar menghendap wanita

Lebih menakutkan, lelaki yang berusia 40-an itu juga gemar menghendap wanita. Namun perbuatan kejinya itu mula diketahui oleh keluarga terbabit sejak setahun yang lalu.

“Tak sangka jiran sanggup ugut bunuh, selain kerap mengancam keselamatan ahli keluarga selepas ditegur mencuri seluar dalam wanita.

“Kami sekeluarga memang pelik apabila seluar dalam ibu kerap hilang. Awalnya, saya menyangka ibu pelupa dan tidak meletakkan pakaiannya di tempat sesuai.

“Bagaimanapun apabila menyedari ia perbuatan jiran, kami mula bimbang. Kami juga pernah mengadu perkara berkenaan kepada keluarga jiran terbabit,” katanya.

Lelaki itu makin berani selepas mengadu pada ahli keluarganya

Namun malangnya, selepas perbuatan lelaki itu dimaklumkan kepada keluarganya, dia mula bertindak lebih berani apabila terus mengulangi perbuatan terkutuknya itu selain menghendapnya ketika dia berseorangan di rumah.

Menurutnya lagi, lebih parah apabila lelaki itu mula bertindak agresif dengan membaling sisa jubin dan batu ke rumah mereka.

Jiran ugut pukul dan bunuh

“Lebih membimbangkan, lelaki berkenaan mengugut mahu memukul dan membunuh. Kami membuat laporan polis sejak April tahun lalu di Balai Polis Majidee. Kami berharap masalah ini dapat diatasi dan tidak berulang.

“Berikutan kejadian ini, hampir tiga minggu saya tidak bersekolah kerana bimbang dengan keselamatan diri,” katanya.

Buat laporan polis, jiran berjaya ditahan

Susulan ancaman lelaki terbabit, ahli keluarga remaja itu telah membuat laporan di Balai Polis Majidee pada Selalu lalu (1 November).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan menerima laporan terbabit.

“Suspek sudah ditahan dan direman selama empat hari mulai hari ini hingga 5 November depan bagi membantu siasatan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.