“Sedang Mencari Calon Menantu”- Aksi Comel Ibu Bapa Ini Masa Konvokesyen Jadi Perhatian Ramai [Video]
Aksi comel ibu bapa itu kemudian sempat dirakam oleh kamera di dalam dewan tersebut dan membuatkan para tetamu turut terhibur.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Majlis konvokesyen merupakan hari paling bersejarah buat mereka yang bergelar mahasiswa.
Mana tidaknya, setelah berhempas-pulas selama beberapa tahun kini tibalah masanya untuk mereka diraikan.
Apa yang membuatkan majlis ini lebih bermakna sudah tentu dengan kehadiran insan tersayang seperti ibu bapa yang telah banyak memberikan sokongan dan motivasi kepada anak-anak untuk berjaya.
Aksi comel ibu bapa mertua tarik perhatian ramai
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh Nurulmohdshah memaparkan aksi comel ibu dan bapa mertuanya ketika menghadiri majlis konvokesyen anak mereka di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia hingga menarik perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, kamera yang sedang merakam suasasa di dalam dewan itu sedang memberikan tumpuan pada tetamu yang hadir.
Pamer iklan sedang cari menantu
Menyedari kamera sedang memberikan fokus kepada mereka, pasangan ini kemudiannya lantas mengangkat dan mempamerkan peranti yang tertera nota bertulis ‘sedang mencari calon menantu’ sambil ketawa.
Aksi itu juga membuatkan tetamu yang berada dalam dewan tersebut terhibur dan ketawa dengan gelagat mereka yang dikatakan ‘sporting’.
“Mencari calon menantu. Ibu ayah mentua pergi konvo 30 Oktober hari tu.
“Sempat lagi promote nak cari calon untuk Emma sporting habis! Pakcik mengantuk pun boleh bangun tergelak,” kata Nurul dalam kapsyen.
Ramai terhibur lihat pasangan itu dan sifatkan mereka ibu bapa yang ‘sporting’
Perkongsian tersebut turut menjadi perhatian ramai kerana terhibur dengan pasangan itu dan menyifatkan mereka adalah ibu bapa yang ‘sporting’.
Malah ada juga yang ingin meminta agar perkara tersebut turut dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa majlis konvokesyen nanti.