fbpx
Now Reading
Maxis Lancar ‘5G Device Sale’, Tawar Peranti Dengan Harga Serendah RM49

Maxis Lancar ‘5G Device Sale’, Tawar Peranti Dengan Harga Serendah RM49

Promosi Jualan Peranti 5G (5G Device Sale) ini akan bermula dari 4 November hingga 28 Februari 2023.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Maxis, hari ini (4 November) telah melancarkan kempen Jualan Peranti 5G (5G Device Sale), tawaran hebat bagi peranti 5G dengan hanya bermula dari RM49.

Bersempena dengan promosi hebat tersebut yang akan berlangsung sehingga 28 Februari 2023 (sementara stok masih ada), rakyat Malaysia akan dapat menikmati pelbagai tawaran menarik dengan pelan Maxis Postpaid 98 dan 128.

Antaranya penawaran peranti seperti :

  • Maxis Postpaid 98
    • Honor X8 5G pada RM49
    • Vivo Y30 5G pada RM99
  • Maxis Postpaid 128
    • Reno 8z 5G pada RM249
    • Honor 70 5G pada RM299

Manakala pelanggan Hotlink pula akan menerima 40GB internet percuma jika melanggan pelan Hotlink Postpaid 60.

“Kami teruja untuk membawa jualan peranti 5G kami kepada semua di Malaysia. Ini adalah peluang menarik bagi pelanggan mendapat peranti 5G terkini dengan harga berpatutan sebelum menikmati perkhidmatan terbaik Maxis 5G yang akan tersedia tidak lama lagi. Pelanggan baharu dan sedia ada boleh memilih daripada rangkaian telefon pintar dan peranti rumah terkini, yang disertakan dengan pelan pascabayar dan fiber kami.

“Matlamat kami sentiasa untuk membolehkan pemilikan mudah dan akses yang lebih besar untuk memenuhi gaya hidup pengguna yang semakin digital,” kata Ketua Pegawai Pemasaran Maxis (CMO), Loh Keh Jiat.

Sementara itu, pelanggan sedia ada dan baharu yang mendaftar untuk pelan Maxis Home Fiber 300Mbps juga boleh menikmati tawaran hebat pada TV pintar Samsung 65’’.

Pelanggan boleh menantikan inisiatif lebih menarik dalam beberapa minggu akan datang, termasuk peluang menakjubkan untuk menikmati acara sukan global yang akan datang.

Untuk maklumat lanjut mengenai 5G Device Sale dan pelan yang ditawarkan rujuk link di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.