fbpx
Now Reading
“Ni Tanda Kemurungan”- Ibu Terkejut Jumpa Banyak Lukisan Menyeramkan Dalam Buku Tulis Anak [Video]
Ibu terkejut tengok lukisan anak

“Ni Tanda Kemurungan”- Ibu Terkejut Jumpa Banyak Lukisan Menyeramkan Dalam Buku Tulis Anak [Video]

Dalam satu lagi hantaran, ibunya turut memohon maaf kerana selama ini telah mengabaikan perasaan anaknya itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menjadi seorang ibu bapa bukanlah satu tugas yang mudah terutama mahu mendidik anak agar menjadi acuan yang baik.

Adakalanya kesibukan diri dalam menguruskan kerja dan hal rumah tangga menyebabkan segelintir ibu bapa kurang cakna dengan keadaan anak-anak.

Lukisan seram anak undang perhatian ramai

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh Herdiana, memaparkan lukisan seram yang dilukis oleh anak perempuannya sehingga mengundang perhatian warganet.

Menerusi video tersebut, kelihatan si ibu pada awalnya membuka sebuah buku tulis yang di hadapannya terdapat pengiraan matematik.

Namun, si ibu terkejut apabila menyelak halaman di bahagian belakang di mana terdapat banyak lukisan menakutkan yang dilukis oleh anaknya itu.

Malah dalam video itu juga dia turut bertanya adakah anaknya itu sedang mengalami tekanan perasaan.

“Ibu terkejut tengok buku tulis anak perempuan ada benda-benda ni.

“Dia tekanan perasaan ke macam mana ya?” tanya ibunya itu.

Maklum anak sebelum ni tak pandai melukis

Di ruangan komen pula ibunya itu menyifatkan bahawa anak perempuannya itu sebelum ini bukanlah seorang yang pandai melukis.

Namun sejak kebelakangan ini dia gemar bersendiri dan tidur di ruang tamu. Malah terdapat satu lukisan yang berlatarkan kawasan seperti di dalam rumah mereka.

Mohon maaf kerana abaikan perasaan anak

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, wanita itu turut meminta maaf kerana telah mengabaikan perasaan anaknya itu.

“Kakak nampak ceria di luar. Tapi dalaman kakak sangat teruk. Ibu selalu nampak salah kakak bila kakak cuba luah sesuatu. Ibu minta maaf sayang, ibu baru sedar,” luahnya.

Meninjau di ruangan komen dan Twitter ramai yang meminta agar si ibu membawa anaknya untuk berjumpa dengan pakar psikiatri dan juga ustaz untuk berubat.

‘Lawa cuma kena bawa jumpa psikiatri dulu’

‘Ada gangguan ni puan selain bawa jumpa psikiatri bawa jumpa pakar rawatan Islam’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.