Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Baru-baru ini, tular di media sosial satu video YouTube yang memperlihatkan sekumpulan anak muda menjadikan pakaian purdah sebagai fesyen untuk dinilai.
Konten seolah mempermainkan pakaian purdah
Video berkenaan yang diambil dari YouTube Ammar Nazhan disifatkan netizen sebagai mempermainkan pemakaian purdah dalam kalangan wanita.
Malah, pemilik Twitter @kokoeroe juga tidak bersetuju untuk membiarkan para lelaki menilai dan menyemak pemakaian wanita yang berpurdah.
Wanita beraksi ala-ala fashion show, lelaki pula jadi juri
Perdasarkan video tersebut, YouTuber berkenaan pada mulanya beberapa wanita di dalam pasukannya untuk memakai purdah yang telah disediakan.
Selepas itu mereka diminta untuk berjalan masuk ke ruang tamu seorang demi seorang sambil disaksikan oleh beberapa rakan lelaki seolah-olah ianya satu persembahan fesyen (fashion show).
Penampilan mereka kemudiannya akan dinilai oleh YouTuber berkenaan dan juga rakan lelakinya yang lain.
Sedih, generasi kini semakin hilang akhlak
Seorang pengguna lain, Stephanie Adeline turut meluahkan rasa sedihnya apabila melihat generasi hari ini semakin hilang akhlak, adab dan tidak memahami sepenuhnya hukum agama.
Video penuh
Menjengah di ruangan komen YouTube Ammar pula, rata-rata pengguna media sosial menasihati YouTuber itu bahawa pemakaian purdah atau niqab bukanlah sesuatu fesyen yang boleh dijadikan konten.
Malah ada yang berkata tindakan sedemikian seolah-oleh memperlekehkan dan menjatuhkan kemuliaan pakaian para isteri-isteri Nabi Muhammad SAW.