fbpx
Now Reading
Siap Pakai Kostum! Takut Isteri Jadi Pemalas, Lelaki Nekad Rahsiakan Kemenangan Loteri RM143 Juta

Siap Pakai Kostum! Takut Isteri Jadi Pemalas, Lelaki Nekad Rahsiakan Kemenangan Loteri RM143 Juta

Menurut Li, meskipun dia teruja dengan kemenangan tersebut dia lebih rela berita gembira itu dirahsiakan daripada keluarganya agar mereka tidak menjadi sombong dan dapat hidup seperti manusia biasa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ada terdapat banyak faktor yang boleh membuatkan manusia berubah antaranya cinta, kuasa, dan juga wang ringgit.

Sekiranya perubahan itu menjurus ke arah yang lebih baik mungkin tidak menjadi masalah, namun bagaimana pula jika sebaliknya. Pastinya akan merungsingkan keluarga dan orang terdekat bukan?

Begitulah yang dirasakan seorang lelaki di China sebaik mengetahui yang dia baru sahaja memenangi wang loteri berjumlah 219 juta yuan (RM143 juta) pada penghujung Oktober lalu.

Sanggup pakai kostum elak keluarga dapat tahu

Hanya kerana bimbang isteri dan anaknya akan berubah menjadi pemalas, lelaki dari Nanning, selatan China ini nekad merahsiakan kemenangan besarnya itu dari keluarga dan orang ramai.

Malah bagi memastikan identitinya terus tidak ketahui, lelaki tersebut yang hanya dikenali sebagai Mr Li nekad mengenakan kostum kartun berwarna kuning ketika menuntut hadiah kemenangannya di pejabat loteri pada 24 Oktober.

Foto sewaktu dia menghadiri acara menuntut hadiah itu turut tular selepas dikongsikan pejabat loteri berkenaan di media sosial.

Foto : Guangxi Welfare Lottery Center via Bloomberg

Mahu hidup seperti biasa

Menurut Li, meskipun dia teruja dengan kemenangan tersebut dia lebih rela berita gembira itu dirahsiakan daripada keluarganya agar mereka tidak menjadi sombong dan dapat hidup seperti manusia biasa.

“Saya tidak beritahu isteri dan anak tentang kemenangan ini kerana tidak mahu mereka menjadi terlalu malas dan selesa kerana mengetahui kami mempunyai duit yang banyak.

“Saya lebih selesa jika kami hidup seperti biasa dengan anak saya boleh mencari kerja untuk masa depannya,” katanya.

Menurut laporan SCMP yang memetik Nanning Evening News, dia yang sudah bermain loteri sejak puluhan tahun lalu telah membeli 40 tiket loteri yang berharga 80 yuan (RM58) di mana setiapnya mengandungi 7 nombor sama.

Namun tuah menyebelahinya apabila kesemua tujuh nombor itu mengena dengan setiap tiket dibayar sebanyak 5.48 juta yuan (RM3.5 juta).

Foto: Pexels

Li bagaimanapun akan membawa pulang 171 juta yuan (RM111 juta) selepas dia membayar cukai sebanyak RM28 juta selain mendermakan 5 juta yuan (RM3.27 juta) wang kemenangannya ke badan amal.

Dia dalam masa sama turut menjelaskan belum merancang apa yang perlu dilakukan dengan wang kemenangan tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.