fbpx
Now Reading
Susah Kurus Lepas Bersalin? Ini Mungkin 5 Punca Berat Anda Tak Turun [Video]
5 sebab tak kurus lepas bersalin

Susah Kurus Lepas Bersalin? Ini Mungkin 5 Punca Berat Anda Tak Turun [Video]

Mungkin ramai wanita yang lepas bersalin diluar sana yang ada melakukan 5 perkara ini dan menyebabkan anda sukar turunkan berat badan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Fasa kehamilan merupakan satu momen yang terindah buat wanita terutamanya mereka yang sudah lama menantikan kehadiran si kecil sebagai penyeri dalam rumah tangga.

Meskipun ia adalah pengalaman yang terindah buat para ibu, mereka juga mempunyai misi yang harus dicapai selepas bersalin seperti menguruskan badan dan mendapatkan berat yang ideal seperti sebelum mengandung.

Namun ada juga setakat ini yang masih belum berjaya menurunkan berat badan walhal sudah mencuba pebagai cara.

Jadi di bawah kami kongsikan lima ciri yang disenaraikan oleh jurulatih kecergasan, Shah AK menerusi perkongsiannya di TikTok.

Jom kami kongsikan kepada para ibu di luar sana.

#1 Muscle loss

Kebiasaannya ketika mengandung wanita kurang melakukan aktiviti yang berat dan boleh menyebabkan otot mengalami keadaan muscle loss.

Apabila keadaan ini terjadi ia menyebabkan metabolisma seseorang akan menurun dan menyebabkan si ibu sukar untuk menurunkan berat badan selepas bersalin.

#2 Kurang tidur

Tidak dinafikan tidur memainkan peranan yang sangat penting pada kesihatan dan ini termasuklah dalam menurunkan berat badan.

Kekurangan tidur akan menyebabkan organ dalaman dan hormon tidak dapat berfungsi dengan baik.

Oleh itu, ia akan menyebabkan anda sukar untuk menurunkan berat badan.

#3 Bad eating habit

Foto: Pexels

Mungkin semasa mengandung terlalu banyak makanan yang diidamkan tidak dapat dinikmati atas faktor kesihatan bayi dan si ibu.

Oleh itu, anda mungkin berfikir selepas bersalin adalah waktu yang tepat untuk menunaikan hasrat tersebut.

Namun sebenarnya corak pemakanan yang tidak sihat akan menyebabkan berat badan anda akan naik secara mendadak.

#4 Sweet tooth

Wanita yang bersalin akan rasa seperti ingin memakan makanan yang manis atau sweet tooth.

Perkara ini secara tidak langsung akan membekalkan tenaga segera (instant energy) dan apabila ia tidak digunakan ia akan menyebabkan tenaga tersebut bertukar menjadi lemak.

#5 Kurang masa dengan diri sendiri

Foto: Pexels

Menjaga bayi yang baharu sahaja dilahirkan adalah satu fasa yang agak memenatkan. Oleh itu suami perlu memainkan peranan untuk memberikan waktu yang berkualiti kepada si ibu.

Ini kerana kualiti masa yang kurang pada diri sendiri akan menyebabkan si ibu rasa tertekan. Apabila tertekan maka berat badan sukar untuk diturunkan.

Oleh itu, para suami anda perlulah memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada si isteri.

Mungkin anda boleh mengamalkan seperti pepatah ini “Happy wife happy life”. 😉

@shahbartech

5 SEBAB KENAPA SUSAH KURUS LEPAS BERSALIN – part 1 #coachingkurusonline #bartechfitness

♬ Epic Music(863502) – Draganov89

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai terutamanya dikalangan wanita yang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Shah.

‘Betul. Lepas bersalin suka makan manis-manis’

‘Alamak macam betul je’

‘Ya betul, saya kurang tidur punca saya badan naik dan agak susah nak turun’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.