“Agak-agak Nak Buat Cerita” – TMJ Balas Kenyataan Lelaki Dakwa Escort Baginda Punca Kereta Tercalar
Menurut Tunku Ismail, ketika kejadian berlaku baginda seharian hanya berada di rumah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak semalam (6 November), tular di media sosial apabila seorang lelaki mendakwa kereta dipandunya melanggar penghadang jalan ketika sedang memberi laluan pada pengiring yang membawa golongan diraja.
Menerusi satu ciapan di laman Twitter @Pio_Dhurjana, lelaki itu menyatakan kereta yang sedang diiring itu adalah milik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
“Tadi tengah traffic light (lampu isyarat) sesak gila, tiba-tiba bunyi siren, jadi kereta mengelak dan berhimpit ke kanan, dan aku pun kekanan sekali sampai tergesel divider (penghadang) tepi jalan, sekali yang lalu @HRHJohorII (Tunku Ismail), ingat kecemasan apa lah,” tulisnya.
Insurans ambil waktu hampir sebulan untuk baiki
Difahamkan, lelaki yang juga pengusaha kantin itu berkata, kereta tersebut jika menggunakan insurans bagi membaiki kerosakan akan mengambil masa hampir sebulan di mana ia akan menjejaskan sumber pendapatannya.
“Kalau hantar insurans mahu sebulan dekat dalam, hantar bengkel tiga, empat hari dah siap, tapi aku ni pengusaha kantin, kereta kalau sebulan takda, nak bagi makan apa dekat staf, mungkin bagi dia benda remeh, tapi kereta ni bagi makan 3 orang yang berkeluarga,” tulisnya lagi.
“Saya tak keluar rumah pun hari ini” – TMJ
Bagaimanapun, Tunku Ismail dalam satu ciapan balasnya menafikan dakwaan lelaki terbabit.
Baginda sebaliknya tidak kemana-mana pada waktu kejadian.
Tambah Tunku Ismail, taktik menghasut dan menipu ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah hampir tiba tidak akan dapat menyelesaikan isu rakyat.
“Salam Encik. Nak buat cerita pun agak-agaklah. Saya tak keluar rumah pun hari ini. Saya faham PRU dah dekat, tetapi taktik menghasut dan menipu tidak akan selesaikan masalah2 rakyat. Banyak lagi cara positif lain yg lebih efektif.”
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Lelaki itu terus mendakwa kenyatan diberinya adalah benar
Tidak berakhir di situ, lelaki tersebut turut memberi respon balasnya terhadap ciapan baginda dengan mendakwa dirinya bercakap benar serta dia tidak terlibat dengan mana-mana parti politik.
Tambahnya, kejadian dikatakan berlaku di jalan menghala ke Pasir Pelangi, Johor Bharu pada pukul 7:03 malam.
“Walaikumsalam Tengku, saya rasa tak rabun lagi, boleh check pukul 7:03 dekat jalan menghala ke pasir pelangi, kereta no plat TMJ berwarna krim dengan escort polis bermotor, apa-apa pun saya takda kene mengena dengan politik.”
Setakat artikel ini ditulis, tiada apa-apa maklumat tambahan atau kenyataan dari pihak polis. Diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua belah pihak.