fbpx

Baru Nak Mandi Sekali Ada Lotong Teman, Ramai Terkejut Tak Tahu Ini Binatang Apa [Video]

Berdasarkan kaji selidik, binatang tersebut merupakan seekor lotong Cekung (Dusky Leaf Monkey) atau nama saintifiknya Trachypithecus obscurus dari jenis Cercopithecidae.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebanyakan dari anda pasti pernah melalui situasi di mana terlihat serangga atau binatang seperti lipas, cicak mahupun tikus berada di dalam bilik air.

Perkara sebegini pasti akan menyebabkan perasaan geli serta takut sehingga ada yang membuat keputusan untuk keluar daripada bilik air tersebut.

Binatang berwarna hitam dan berbulu panjang di dalam tandas

Namun kali ini sedikit berbeza apabila tular di media sosial seorang remaja perempuan yang ingin mandi terlihat seekor binatang yang agak menyeramkan turut berada di dalam bilik air yang sama.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman TikTok akaun @seketulfaris, kelihatan binatang terbabit berwarna hitam dan berbulu panjang seperti gambaran hantu yang ada di dalam cerita-cerita fiksyen seram.

Binatang terbabit merenung ke arah remaja itu

Berdasarkan video tersebut, kelihatan jelas binatang terbabit sedang bertenggek di atas saluran paip sambil merenung ke arah remaja itu.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di salah sebuah bilik air kolej kediaman di sebuah universiti di Sintok, Kedah.

Lotong Cekung dari spesis Cercopithecide

Berdasarkan pemerhatian, binatang terbabit adalah seekor Lotong Cekung (Dusky Leaf Monkey) atau nama saintifiknya Trachypithecus obscurus dari spesis Cercopithecidae.

Tidak seperti monyet yang sudah dikenali ramai, lutong merupakan antara binatang yang tidak begitu popular dan masih ramai yang tidak tahu tentang spesisnya.

“Wow meremang” – Netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terkejut kerana tidak mengetahui tentang spesis lutong tersebut. Malah binatang tersebut turut disamakan dengan watak Venom yang ada di dalam filem Marvel.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.