Kebanyakan dari anda pasti pernah melalui situasi di mana terlihat serangga atau binatang seperti lipas, cicak mahupun tikus berada di dalam bilik air.
Perkara sebegini pasti akan menyebabkan perasaan geli serta takut sehingga ada yang membuat keputusan untuk keluar daripada bilik air tersebut.
Namun kali ini sedikit berbeza apabila tular di media sosial seorang remaja perempuan yang ingin mandi terlihat seekor binatang yang agak menyeramkan turut berada di dalam bilik air yang sama.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman TikTok akaun @seketulfaris, kelihatan binatang terbabit berwarna hitam dan berbulu panjang seperti gambaran hantu yang ada di dalam cerita-cerita fiksyen seram.
Berdasarkan video tersebut, kelihatan jelas binatang terbabit sedang bertenggek di atas saluran paip sambil merenung ke arah remaja itu.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di salah sebuah bilik air kolej kediaman di sebuah universiti di Sintok, Kedah.
Berdasarkan pemerhatian, binatang terbabit adalah seekor Lotong Cekung (Dusky Leaf Monkey) atau nama saintifiknya Trachypithecus obscurus dari spesis Cercopithecidae.
Tidak seperti monyet yang sudah dikenali ramai, lutong merupakan antara binatang yang tidak begitu popular dan masih ramai yang tidak tahu tentang spesisnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terkejut kerana tidak mengetahui tentang spesis lutong tersebut. Malah binatang tersebut turut disamakan dengan watak Venom yang ada di dalam filem Marvel.
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…