“Dia Bau Je Keropok,”- Mungkin Tak Sampai Hati Lihat Kanak-Kanak Dalam Bas Tindakan Wanita Ini Dipuji Ramai [Video]

Umum pasti tahu, majoriti kanak-kanak gemar memakan makanan ringan seperti gula-gula, keropok dan banyak lagi.

Namun, makanan ini tidaklah diberikan setiap hari dan hanya diberikan pada waktu tertentu sahaja. Ada segelintir kanak-kanak mungkin akan memilih untuk menyimpan makanan yang dimiliki itu dan memakan sedikit demi sedikit kerana sayangkan makanan tersebut.

Aksi kanak-kanak dalam bas curi tumpuan

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh Aliiahadi memaparkan aksi seorang kanak-kanak yang berada di dalam bas sehingga mencuri tumpuannya.

Menerusi video tersebut, kelihatan Aliiahadi sedang menaiki bas untuk pulang dari tempat kerja. Dia kemudian terlihat seorang kanak-kanak duduk di kerusi hadapannya sambil memegang sebungkus keropok.

Asyik cium keropok tapi tak buka dan makan dari awal hingga akhir station bas

Namun apa yang mencuri tumpuannya ialah kanak-kanak itu tidak membuka bungkusan berkenaan sebaliknya hanya mencium bau keropok tersebut sehinggalah mereka tiba ke hentian terakhir.

“Dalam perjalan balik kerja, masuk bas. Ternampak dekat adik ni, dari awal sampai station terakhir dia bau je keropok Mamee tu.

“Tapi tak buka, tak makan-makan pun. Terus terniat nak kasi duit belanja tapi tak banyak lah,” katanya.

Tunggu di satu tempat untuk beri wang

Sebaik sahaja dia turun dari bas tersebut dia pun mencari tempat yang sesuai untuk memberi wang kepada kanak-kanak itu kerana tidak mahu dilihat oleh orang ramai.

Dia kemudian menunggu kanak-kanak tersebut kerana tidak melihatnya selepas turun dari bas.

Tidak berapa lama selepas itu dia ternampak kanak-kanak berkenaan lalu memberikannya wang not merah dipercayai sebanyak RM10.

“Maaf dik akak tak bagi banyak, harap adik boleh guna beli makanan Mamee banyak-banyak okay.”

Budak itu kemudian mengambil wang tersebut sambil berlalu pergi dengan membawa sebungkus keropok yang dipegang sejak dari dalam bas tadi.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang memuji sikap murni yang ditunjukkan oleh Aliiahadi dan mendoakan agar dia sentiasa dimurahkan rezeki.

Ada juga yang mendakwa selalu terlihat kanak-kanak itu menaiki bas di Taman Tasik Datuk Keramat sebelum turun di destinasi terakhir.

‘Aku takdalah kaya macam orang lain, tapi teringin sangat nak kongsi rezeki…’

‘Syukur alhamdulillah saya rasa terharu sangat..’

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago