Lelaki Dikecam Selepas Mengamuk & Luah Rasa Jijik Sebaik Tahu Ibu Kerja Sebagai Pelac*r Demi Besarkan Anak

Ibu adalalah wanita terhebat yang sentiasa memainkan peranan besar dalam kehidupan seseorang anaknya.

Malah ibu juga merupakan seseorang individu yang sangat dipercayai oleh anak hingga apa sahaja yang dilakukan oleh ibu adalah satu perkara yang baik buat mereka.

Terkejut lepas tahu pekerjaan sebenar ibu

Terbaharu, tular di Twitter satu perkongsian oleh akaun @twtmalaywedding mengenai luahan seorang anak yang marah dan kecewa selepas mengetahui ibunya terpaksa bekerja sebagai seorang pelacur demi membesarkannya dan adik-beradik yang lain.

Menerusi hantaran tersebut, ibunya sudah berkahwin sejak berumur 18 tahun dan sering didera oleh bapanya sehinggalah pasangan itu bercerai. Namun kehidupan mereka sekeluarga menjadi susah memandangkan ibunya tidak mempunyai perkerjaan dan pelajaran.

Maka si ibu terpaksa untuk melakukan tiga pekerjaan dalam satu masa demi membesarkan anak-anaknya. Kehidupan mereka sejak dari itu beransur-ansur menjadi lebih baik sehinggalah dia berjaya memasuki universiti untuk melanjutkan pelajaran.

Lelaki itu turut menyifatkan bahawa ibunya tidak pernah meninggikan suara mahupun memukul mereka dan sentiasa menjadi pendengar dan membuatkan dia menyayangi wanita itu lebih dari segalanya.

Semua berubah selepas tahu ibu adalah pelacur

Namun, semua perkara itu berubah apabila dia mengetahui pekerjaan sebenar ibunya itu sehingga membuatkannya marah kerana telah menyara mereka semua dengan menggunakan wang yang kotor dari pekerjaan yang tidak baik.

“I rasa jijik dengan mak sendiri. Pertama kali dalam hidup, I tak nak langsung tengok muka dia. I bersemuka dengan dia, dan dia mengaku. I sepahkan bilik, I rosakkan barang.

“I mencarut dan tinggikan suara pada dia, dia kemudian minta maaf tapi I tak dapat kawal emosi saya pada masa tu. I ambil barang dan pilih untuk duduk rumah kawan untuk sementara. I tak bagi tahu mereka tentang ibu. Malu. Jijik,” katanya lagi.

Akui diri bersalah dan malu dengan tindakan yang dilakukan

Selepas melakukan tindakan tersebut dia turut mengakui dirinya salah dan malu dengan ibunya serta adik-adiknya.

“I belajar di sekolah agama, tapi I tak tahu apa yang I lakukan. Jadi I mampu solat istikharah je,” jelasnya lagi.

“I belajar di sekolah agama, tapi I tak tahu apa yang I lakukan. Jadi I mampu solat istikharah je,” jelasnya lagi

Ramai kecam tindakan lelaki tersebut

Pendedahan lelaki tersebut kemudiannya menerima kecaman hebat dari orang ramai yang menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya dilakukan.

Malah ada yang merasakan mungkin ibunya tidak mempunyai pilihan lain pada waktu itu.

Sudah minta maaf pada ibu, namun hubungan tidak seperti dulu

Menerusi kemaskini yang dikongsikan @twtmalaywedding, pemuda ini bagaimanapun sudah mengakui kesilapan dan meminta maaf pada ibunya.

“Saya dah minta maaf dekat ibu saya dan dia sjuga sudah memaafkan saya. Saya kurang bercakap dengan dia semenjak itu tapi hubungan kami sudah ok.”

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Yang mana satu lebih berbaloi dari segi keseluruhan, sama ada MHflypass ASEAN atau ASEAN Explorer…

5 mins ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

3 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

4 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

5 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

5 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

6 hours ago