“Tak Pernah Mengeluh” – Gadis Kongsi Pengorbanan Ayah Sanggup Lakukan Apa Sahaja, Buat Ramai Sebak [Video]
Menurut gadis itu, bapanya tidak pernah mengeluh soal anak-anak dan sentiasa melakukan yang terbaik buat anaknya itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Memiliki anak semestinya menjadi impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, kerana mereka percaya dengan adanya cahaya mata suasana di dalam rumah akan lebih berseri dan meriah.
Namun, membesarkan anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah. Tanggungjawab seperti memberi wang, masa bersama dan juga pendidikan yang mencukupi harus sentiasa dititik beratkan.
Sebagai seorang ayah pula, sudah pasti dia mahukan yang terbaik buat anaknya sehingga sanggup melakukan apa sahaja agar anak kesayangan tidak berasa susah.
Pengorbanan ayah, sanggup lakukan apa sahaja demi anak
Begitulah yang dilalui wanita ini apabila tular di media sosial pengorbanan ayahnya yang sanggup melakukan apa sahaja untuk dirinya.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @opa.faaa, gadis tersebut mengakui berasa sebak ketika sedang menyunting video bapanya itu.
“Mata bengkak buat video ni. We love you abah,” tulisnya di kaspyen.
Bapa tak pernah mengeluh, sentiasa lakukan yang terbaik
Menurutnya, bapanya tidak pernah mengeluh soal anak-anak dan sentiasa melakukan yang terbaik buat anaknya itu.
“Abah tak pernah mengeluh bab anak-anak. Sentiasa buat yang terbaik untuk anak-anak dia,” tulisnya dalam video.
Sanggup tempoh perjalanan yang jauh demi anak
Tambah gadis itu, ayahnya juga sanggup menghantar dan mengambilnya pulang ketika dia mempunyai kelapangan walaupun perjalanan yang harus ditempuhi adalah jauh selain perlu menempuhi kesesakan jalan raya.
“Sanggup hantar dan ambil anak dia kalau dia free, bukannya dekat. Redah jammed pagi-pagi lagi.”
Bapa utamakan anak dahulu
Lebih mengharukan, bapanya itu akan mengutamakan untuk menghantarnya terlebih dahulu walaupun pada ketika itu dia harus pergi ke tempat kerja pada waktu pagi.
“Kadang-kadang abah kerja pagi, abah hantar saya dulu, kemudian patah balik pergi tempat kerja dia. Pergi kerja balik kerja dalam hujan steady je naik moto bawa saya sekali.”
Di akhir perkongsian, gadis itu turut mendoakan agar bapa kesayangannya itu sentiasa di berkati dan di Rahmati oleh Allah SWT.
“Ya Allah, kau berkati dan rahmatilah abah aku sihatkan la abah sepanjang hayatnya.”
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut berasa sebak melihat perkongsian gadis tersebut kerana terkenang pengorbanan yang dilakukan oleh ayah mereka.