fbpx
Now Reading
Wanita Buat Luahan, Setahun Suami Tak Sentuh Gara-gara Degil Tak Nak Kurus

Wanita Buat Luahan, Setahun Suami Tak Sentuh Gara-gara Degil Tak Nak Kurus

Menurut wanita itu, suaminya akan memikir semula mengenai hubungan mereka sekirannya dia enggan kurangkan berat badan tahun hadapan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semua orang pastinya mengimpikan hubungan rumah tangga yang berkekalan serta bahagia selalu. Namun tidak dapat dinafikan juga setiap hubungan itu pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan.

Begitulah yang dilalui wanita ini apabila suami kesayangan sudah tidak ‘menyentuhnya’ selama setahun kerana kedegilan dirinya untuk kuruskan badan.

Suami tak suka perempuan gemuk

Menerusi satu ciapan di laman Twitter akaun @ConfessTweetMY, wanita itu berkongsi cerita bahawa suaminya tidak gemar dengan wanita yang berbadan besar.

Nekad kuruskan badan demi hari bersandingan

Bagaimanapun, kerana ingin melangsungkan pernikahan, wanita itu nekad untuk merampingkan badan agar tampil berseri di hari persandingannya.

“Sebelum kahwin, suami aku memang kata awal-awal tak suka perempuan gemuk dan aku macam biasa lah merajuk dan buat tak endah. Tapi sebab aku nak kahwin aku tekad kuruskan badan sampai dapat berat 65kg. Jadi memang nampak kecik banyak lah masa kahwin,” tulisnya.

Berat badan kembali naik selepas bersalin

Namun, selepas melahirkan anak pertama, berat badan wanita itu naik mendadak sehingga hampir mencecah 100kg.

Apa yang lebih mengejutkan, kerana kedegilan dirinya untuk menurukan berat badan selepas dinasihati oleh suaminya, lelaki itu akhirnya bertindak tidak mahu menyentuh isterinya itu selama setahun.

“Laki aku tak sentuh aku dah setahun kerana kedegilan aku taknak kuruskan badan. Sekarang aku baru dapat hidayah nak kuruskan badan sebab kaki sakit kalau solat dan sampai sekarang teruskan diet,” tulisnya lagi.

Suami tak pernah abaikan tanggungjawab

Pada masa sama, wanita itu turut memuji suaminya yang tidak pernah melupakan tanggung jawab dalam memberi nafkah dan segala apa yang diinginkannya.

“Laki aku baik tentang nafkah. Nafkah tak pernah culas. Siap selalu belikan emas, Iphone 13 masa mula-mula keluar aku dah merasa. Siap belikan treadmill, basikal. Bercuti ke luar negara pun pernah.”

Nekad kembali kurus selepas suami ingin fikirkan semula pasal hubungan mereka

Bagaimanapun menurut wanita itu lagi, jika sehingga tahun hadapan tiada sebarang perubahan ke atas dirinya, suaminya akan memikir semula hubungan mereka.

Kenyataan oleh suaminya itu menyebabkan wanita tersebut tekad untuk kembali menjaga pemakanan agar dapat mengurangkan berat badan.

“Dia pernah cakap, kalau tahun depan masih takda perubahan dia kata dia nak fikir balik hubungan kami jadi aku agak dia nak cerai. Sejak dari itu aku nekad jaga makan.”

Di akhir perkongsian, wanita tersebut meminta orang ramai mendoakan dirinya kekal istiqomah untuk kembali kurus dan menasihati wanita yang lain agar sentiasa menjaga berat badan demi kesihatan diri.

“Sekarang journey aku untuk kurus masih panjang tapi suami aku happy tengok aku diet. Dia kata tak sabar nak tengok wife kurus siap cakap nak anak lagi.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.