fbpx
Now Reading
Pekerja Diberi Cuti Bergaji Pada Hari Lahir Jika BN Menang PRU15 – Zahid

Pekerja Diberi Cuti Bergaji Pada Hari Lahir Jika BN Menang PRU15 – Zahid

Menurut Ahmad Zahid, BN menjanjikan cuti bergaji pada hari lahir setiap pekerja sebagai mengiktiraf sumbangan mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seperti yang diketahui umum, semalam (7 November), Pengerusi Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah melancarkan manifesto Perancangan Amal Dan Usaha (PADU) parti tersebut jika mereka diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

PADU adalah tawaran baru daripada BN kepada rakyat Malaysia dan di dalamnya terdapat 99 amal dan usaha parti terbabit yang akan menjadi panduan dalam mengemudi negara sekiranya menang PRU15 kelak.

Cuti bergaji sempena hari jadi pada setiap pekerja

Yang menariknya, antara manifesto yang dipertengahkan oleh BN adalah janji mereka untuk mengiktiraf sumbangan pekerja dengan memberi cuti bergaji pada hari lahir mereka.

Menurut Ahmad Zahid, ia bagi menjawab isu orang muda yang dihimpit pengangguran serta golongan pekerja yang menghadapi tekanan gaji rendah.

BN ingin membela kebajikan yang terabai

“Selain itu, BN turut bermatlamat untuk membela kebajikan yang terabai dan ketidakupayaan untuk menjalani kehidupan yang selesa dan bermaruah.

“Ini akan dilakukan dengan membina negara yang stabil dan makmur dengan rakyat berpendapatan tinggi,” katanya dalam siaran langsung di laman Facebook BN.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.