fbpx
Now Reading
Remaja 14 Tahun Dakwa Cikgu Rakam Gambar Alat Sulit, Siap Ugut Nak Sebarkan

Remaja 14 Tahun Dakwa Cikgu Rakam Gambar Alat Sulit, Siap Ugut Nak Sebarkan

Pelajar itu mendakwa cikgu berkenaan telah mengarahkannya untuk menanggalkan seluar dan berbaring di lantai sebelum dia menggunakan telefon untuk merakam gambar alat sulit pengadu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bergelar seorang guru bukanlah tugasan mudah. Mereka bukan sahaja mengajar, malah terpaksa mendidik selain menjaga keselamatan dan kebajikan anak murid.

Sikap kasih sayang yang dipamerkan kebanyakan guru menyebabkan rata-rata golongan pendidik ini diberi kepercayaan yang tinggi baik oleh anak murid malahan ibu bapa sendiri.

Namun lain pula situasi yang berlaku di sebuah sekolah di Klang apabila seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun mendakwa gurunya telah merakam gambar alat sulitnya sebelum mengugut akan memuat naik gambar itu di internet.

Menurut FMT, satu laporan polis kemudiannya telah dibuat oleh pelajar berkenaan berhubung tindakan guru lelaki itu.

Diheret ke dalam bilik stor selepas tendang guru sewaktu main futsal

Remaja itu di dalam laporan berkenaan memaklumkan dia telah diheret ke dalam sebuah stor selepas dia menendang guru berkenaan sewaktu mereka sedang bermain futsal.

Sebaik berada di dalam stor, cikgu tesebut bertindak menutup pintu lalu mengarahkannya untuk menanggalkan seluar dan berbaring di lantai. Dia kemudian menggunakan telefon untuk merakam gambar alat sulit pengadu.

Dakwa dikasari dan leher baju dicekak

Di dalam laporan sama, pengadu turut mendakwa dicekak di leher baju selain badannya ditekan ke dinding oleh guru terbabit.

Difahamakan polis daerah Klang Selatan sudah pun membuka satu siasatan berhubung laporan tersebut.

Dalam pada itu, peguam, V Vemal Arasan yang mewakili kanak-kanak terbabit mendakwa pihak sekolah telah menekan anak guamnya agar menarik semula laporan polis berkenaan.

Namun ianya tidak dilayan sebaliknya keluarga mangsa telah membuat satu laporan baharu sebaik mereka berbincang dengannya.

Tambah peguam itu lagi, terdapat lima pelajar yang turut menjadi saksi perbuatan guru terbabit terhadap mangsa.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.