
16 Stesen LRT Digantung Operasi Seminggu, ATC Tak Stabil Punca Gangguan Perkhidmatan
16 stesen LRT ini digantung operasi dari 9 hingga 15 November.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Rapid Rail Sdn Bhd pagi ini (9 Novemver) mengumumkan menggantung operasi 16 stesen LRT laluan Kelana Jaya melibatkan stesen Kelana Jaya hingga ke stesen Ampang Park selama seminggu bermula hari ini hingga 15 November.
Dalam satu ciapan di laman Twitter, Rapid Rail menyenaraikan stesen LRT yang digantung operasi ialah:
- Kelana Jaya
- Taman Bahagia
- Taman Paramount
- Asia Jaya
- Taman Jaya
- Universiti
- Kerinchi
- Bangsar
- Abdullah Hukum
- KL Sentral
- Pasar Seni
- Masjid Jamek
- Dang Wangi
- Kampung Baru
- KLCC
- Ampang Park.
— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) November 8, 2022
Stesen LRT lain beroperasi seperti biasa
Bagaimanapun, stesen lain akan beroperasi seperti biasa dan akan menamatkan perkhidmatan lebih awal iaitu pada jam 11.00 malam.
2/2 Lain-lain stesen beroperasi seperti biasa dan akan menamatkan perkhidmatan lebih awal iaitu pada jam 11mlm.
— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) November 8, 2022
Terima kasih
ATC tak stabil punca gangguan perkhidmatan LRT
Sementara itu, menurut Rapid Rail, Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) yang tidak stabil telah mengakibatkan gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya bermula pada hari Sabtu 5 November 2022.
“Ini telah menyebabkan tren terpaksa dipandu secara manual di antara Stesen KLCC dan Stesen Ampang Park serta tren berhenti lebih lama di platform. Ia juga telah mengganggu keseluruhan jadual perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya,” kata kenyataan itu
Difahamkan, isu tersebut yang mula dikesan pada tengahari Sabtu telah dapat diselesaikan padal awal pagi Ahad (6 November). Namun, masalah yang sama telah berulang pada hari Isnin 7 November.
Pengguna dinasihati guna alternatif lain, bas perantaraan percuma disediakan
Pada masa sama, Rapid Rail turut menasihati pengguna untuk menggunakan alternatif lain pada tempoh tersebut.
Bagi memudahkan pengguna Rapid Rail telah menyediakan bas perantaraan percuma bagi stesen LRT Ara Damansara-Pasar Seni, LRT Ara Damansara-Kelana Jaya, LRT Kelana Jaya-Pasar Seni, Masjid Jamek-Pasar Seni, LRT Dato Keramat-Masjid Jamek.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, sila ke laman media sosial Facebook Rapid KL atau Twitter Ask Rapid KL.